Konsert Mentor Milenia 2019 telahpun masuk minggu ketujuh dan menyaksikan persembahan yang cukup hebat daripada protege yang terlibat. Namun, siapa sangka nyanyian Stay gandingan Ryan Que dan Sarah Suhairi tidak cukup menonjol dan memukau barisan juri profesional pada malam tersebut.
Menampilkan tema duet, pentas #MentorMilenia2019 membuka tirainya dengan persembahan gandingan Akim dan Stacy dengan lagu Getaran Jiwa (penyanyi asal Tan Sri P. Ramlee) yang pastinya menyentuh hati para penonton. Sekaligus, ini adalah peluang untuk protege memberikan persembahan yang terbaik bersama pasangan duet pilihan mereka.
Bermula dengan Daus Husny, protege kepada Ernie Zakri ini nampaknya memilih lagu Feeling Good (penyanyi asal Michael Bublé) bersama artis pilihan beliau yang juga pemenang lagu terbaik Minggu kedua #SFMM34 baru-baru ini iaitu, Naim Daniel.
Pembukaan persembahan yang penuh bertenaga dan menonjolkan keserasian diantara kedua-dua penyanyi ini sekaligus mendapat pujian yang hebat dari pihak juri profesional.
Seterusnya Aedy Kama, protege kepada Black yang dinobatkan sebagai juara mingguan #MentorMilenia2019 kali ini nampaknya memilih lagu Drama (penyanyi asal Drama Band). Berganding bahu bersama naib juara Mentor Milenia 2016, Qody yang juga protege kepada Black, Aedy Kama sebenarnya sudah lama menginginkan lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini untuk dipersembahankan di pentas #MentorMilenia2019.
Protege kepada Akim yang seterusnya ini nampaknya masih tidak jumpa karakter beliau dalam nyanyian dan nampaknya Datuk Syafinaz pun mengakui perkara tersebut. Menyampaikan lagu Shallow (penyanyi asal Lady Gaga dan Bradley Cooper) bersama pasangan duetnya, Amir Masdi. Sharee juga nampaknya terpaksa berdepan Ryan Que dipusingan battle.
Yazrul Arrep, protege kepada Ernie Zakri dipuji netizen menerusi persembahan beliau bersama Neeta ketika menyampaikan lagu Belenggu Rindu (penyanyi asal Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah). Penyampaian lagu yang menonjolkan keserasian antara mereka berdua merupakan persembahan terbaik Yazrul Arrep setakat ini.
Pemilihan juri untuk mengekalkan Sharee Lopes di pentas #MentorMilenia2019 ternayta ditunjukkan dalam persembahan battle beliau bersama Ryan Que.
Dan, pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri profesional dan 40% undian awam. Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/mentormilenia