Mengenai Kami

Portal dan aplikasi penstriman video nombor satu Malaysia, tonton memperkenalkan xtra.com.my – portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’!

Ketahui segala yang kontroversi di sebalik tabir, terkini dan sensasi dari seluruh negara. Ikuti tawaran kandungan berita video dan drama hiburan percuma di xtra.com.my!

tonton sehingga kini mempunyai lebih dari 7.3 juta pengguna berdaftar dan terus berkembang pesat dengan penambahan purata 18,000 ahli baharu setiap minggu.

tonton turut disesuaikan ke servis video hibrid bersama aplikasi terbaharu bermula tahun 2016 dengan tawaran servis PERCUMA (AVOD) dan video langganan atas permintaan (Subscription based Video On Demand) (SVOD) yang dikenali sebagai tonton VIP dengan tawaran 30 ribu jam drama, filem serta rancangan hiburan tempatan dan Asia, termasuk acara anugerah berprestij secara HD.