Featured By: Khairil Khusyairi April 3, 2023 @ 4:20pm

30 Tahun Dalam Industri, Ning Baizura Dah Lali Dengan Kritikan Imej Seksi – “Kalau Dulu Saya Menangis…”

“Nak cakap apa, cakap sajalah, benda dah berlaku. Saya dah makan garam.”

Demikian kata-kata penyanyi Ning Baizura mengenai kritikan yang diterimanya ketika membuat persembahan di pentas Bobo Kl dek kerana pakaiannya yang dikatakan terlalu seksi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lincah Menari, Penampilan Ning Baizura Dikritik

Ning berkata, dia sudah lali dengan kritikan sejak menjejakkan kaki ke dalam industri dan mengambil sikap berdiam diri sahaja.

“Kalau zaman 1990-an dulu, kalau orang nak tegur, mereka tegur secara depan-depan, sekarang ini zaman media sosial kita kena pekakkan telinga sahaja.

“Kalau dulu, kita menangis buat sidang media. Sekarang tidak lagi, semuanya di media sosial sahaja. Biar sahajalah.

“Teruskan perjuangan dan perjalanan. Tak payahlah nak baca komen, nak marah ke. Lagi-lagi kita berada dalam bulan Ramadan,” katanya kepada XTRA .

Ning ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Ke Sayup Bintang itu, dia sedikit tidak terkesan dengan kritikan yang diterima sebaliknya hanya fokus kepada kerjaya dan menjadi diri sendiri.

“Saya juga ada nasihat kepada peminat saya, jangan cepat nak marah sangat. Lebih baik permudahkan sahaja perkara itu dan ucap Alhamdulillah.

“Saya tak terasa pun, dah 30 tahun dalam industri, banyak pengalaman yang saya lalui dulu. Asalkan mereka tak tutup periuk nasi kita. Itu kerja kita dan saya hanya jadi diri sendiri.

“Kebijaksanaan orang yang menjadi ‘keyboard warrior’ ini diragui, sebab kita tak tahu siapa yang menulis disebalik akaun itu, apa motif dia nak bercakap?,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai penampilannya kini yang semakin menawan dan langsing, Ning turut mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa empat tahun dengan mengubah cara pemakanan.

“Saya tukar cara pemakanan mungkin, tidaklah terlalu berdiet tapi saya banyakkan makan sayur-sayuran. Semua jenis sayur saya makan.

“Saya selesa dengan imej ini, nampak perubahannya. Saya bahagia dengan diri saya jadi,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wow! Imej Baru Ning Baizura Buat Ramai Teruja – “Era Ke Sayup Bintang Sangat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Yura Yunita Terkejut Dapat Kongsi Pentas Dengan Idola

Korang dah dapatkan tiket untuk ke konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena ke esok?

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Sun, 31 Dec 2023

Bukan Senang Nak Istiqamah, Umie Aida Ingatkan Artis Jangan Tinggalkan Akhirat – “Kalau Fokus Indusri Sahaja, Kita Goyang”

Terima kasih Datin Seri Umie Aida buka peluang kita beramal dan mencari ilmu melalui Musollah Aisya, Alhamdulillah🤲🏻

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Dakwaan Obses Dengan Anak…Apa Jawab Siti Nurhaliza?

Gara-gara sering memuatnaik gambar dar video anak di laman sosial media, Siti ditegur netizen?

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Featured Mon, 5 Sep 2022
Trending Wed, 29 Mar 2023
Trending Tue, 22 May 2018

Daging Dah Mula Mahal Di Kedah?

Antara harga tertinggi ialah di Sungai Tiang dan Paya Mat Inson di Pendang iaitu RM35 hingga RM36 sekilogram, berbanding harga biasa RM32 sekilogram.