Featured By: Fatin Nurain June 19, 2022 @ 3:13pm

Adibah Noor Bakal Dirindui, Ini Antara 5 Karya Hebat Insan ‘Terlalu Istimewa’

Kehilangan Allahyarhamah Adibah Noor sangat memberi kesan kepada orang ramai, termasuklah penggiat seni tempatan.

Pemergian Adibah ibarat seperti hilangnya permata industri hiburan tanah air dengan bakat serba boleh menyinari karya yang diterajuinya.

Selain menyanyi, kehebatan pemenang program Suara 90-an Nescafe pada tahun 1994 ini turut menyerlah dalam bidang lakonan menerusi filem-filem yang mampu memberi mesej yang mendalam kepada masyarakat.

Berikut merupakan karya-karya Adibah yang bakal jadi kenangan dan akan dirindui ramai.

1. Talentime

Filem Talentime arahan Yasmin Ahmad merupakan salah satu filem lakonan Adibah yang mencuit perhatian ramai. Filem terbabit mempamerkan semangat perpaduan kaum dan latar kebudayaan seumpamanya, menerusi tema pertandingan pencarian bakat di sekolah menengah.

Menerusi filem yang telah ditayangkan pada 2009 itu, Adibah memegang watak sebagai Cikgu Adibah dan menjadi pengetua sekolah yang menganjurkan pertandingan tersebut.

2. Kampung People 2

Selain itu, dia juga pernah membintangi drama Kampung People 2 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Lestary.

Kemunculannya sebagai Dona dalam drama sekuel ini turut mencuit hati penonton dengan telatahnya yang bersahaja.

3. Terlalu Istimewa

Dalam bidang nyanyian pula, Adibah Noor pernah menjadi juara keseluruhan serta memenangi Vokal Terbaik dan pemenang kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-21 pada 2006.

Lagu yang menyentuh perasaan itu juga turut menjadi kegemaran ramai kerana ia berkisarkan mengenai kisah benar seorang kanak-kanak bernama Nurul Huda Abdul Ghani yang dirogol dan dibunuh dalam satu insiden pada 2004.

4. Hujan

Selain lagu balada, lagu keroncong nyanyian Adibah yang berjudul Hujan juga menjadi kegemaran ramai.

Lagu ini menjadi salah satu lagu tema untuk filem Mukhsin yang ditayangkan pada tahun 2006.

5. Zapin Cinta SMS

Bukan itu sahaja, penyanyi ini juga turut berbakat dalam menyampaikan lagu irama tradisional seperti Zapin Cinta SMS bergandingan bersama SENARIO.

Lagu itu juga tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-21 pada tahun 2006.

Adibah juga pernah meraih trofi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18 pada tahun 2011 menerusi lagu Joget Tak Senang Hati.u

Selain filem Mukhsin dan Telentime, Adibah juga pernah membintangi filem Sepet, Gubra, Magika, Mencari Rahmat dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Dakwaan Dikongkong Janna Nick, Adam Lee Mula Bersuara!

Betul ke Adam Lee dikongkong sepupu sendiri?

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Wed, 24 May 2023

Elfira Loy Berharap Dihindari Individu Talam Dua Muka – “Jangan Jadi Fake Depan Saya”

Min setujuu! Takut eh dengan orang talam dua muka ni 😢😢

Featured Wed, 8 Mar 2023

[VIDEO] “Muncul Pelangi Selepas Hujan” – Bella Astilah Titip Pesanan Buat Nurul Shuhada… Ramai Luah Rasa Sebak!

Allahuakbar.. Sebaknya min tengok Bella dengan Shuhada 😢😢😢 Wanita wanita yang sangat kuat ni ❤️

Featured Tue, 12 Jun 2018