Featured By: Salma Syahbuddin December 4, 2023 @ 11:21am

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Ditegur Sengaja Lambatkan Proses JPK

Sentiasa tampil bahagia didepan khalayak dengan konten menghiburkan, siapa sangka penyanyi Adira Suhaimi telahpun memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dengan pnggilan Datuk Red pada 25 November lalu.

Memetik laporan mStar, permohonan itu telah dibuat Adira selepas memfailkan perceraiannya pada 1 April 2019. Namun kes ditarik semula selepas penyanyi itu memberi peluang kepada suaminya untuk berbaik.

Bagaimanapun,  pada 27 November lalu Adira yang ditemani kakaknya, Emma Suhaimi yang bertindak sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK) hadir ke mahkamah bagi sebutan kali kedua kes.

Difahamkan, pada hari sama Datuk Red bagaimanapun hadir seorang diri dan gagal tampil bersama wakil JKP untuk proses tersebut.

Pada sebutan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar telah menegur tindakan Datuk Red yang dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan JKP.

Justeru, Abdul Hadi terpaksa menangguhkan kes tersebut pada 18 Disember 2023 bagi memberi masa untuk Datuk Red melantik wakilnya.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Demi Allah, Saya Tidak..” – Sharnaaz Ahmad Dedah Kejadian Sebenar Disebalik Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan

Akhirnya, rupa-rupanya ini yang terjadi masa hari kejadian. Aduhai, kesian Sharnaaz 🥲

Trending Tue, 23 Jul 2019

40 Unit Gula-Gula ‘Berasap’ Ghost Smoke DiRampas

Gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Zaibo Meninggal Dunia

Al-Fatihah…

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Saharul Ridzwan Jadi Rapper Pula?

Wow, tak sabar kami nak dengar single terbaru Saharul ni nanti. Sure gempak kan. Yang penting…Saharul tak guna autotune okay!

Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula