Trending By: Fatin Nurain September 24, 2023 @ 3:39pm

Afdlin Shauki Akui Sudah Akhiri Zaman Duda, Enggan Bongkar Kisah Personal

Pelakon dan pengara Datuk Afdlin Shauki mengakui sudah mengakhiri zaman dudanya bersama wanita pilihan hatinya yang berasal dari Johor, beberapa bulan yang lalu.

Berita gembira itu telah dikongsikan secara eksklusif oleh Afdlin menerusi program temu bual TV3, Melodi, hari ini.

Menurut Afdlin, dirinya kini sangat bahagia bersama keluarga baharu di samping menerima restu daripada anak dan bekas isterinya, Maria Christina Orow Abdullah.

“Apa yang saya boleh kongsikan adalah Alhamdulillah, saya dah pun berumah tangga dan dalam keadaan bahagian dan tenang. Anak-beranak saya, bekas isteri saya, saling kenal mengenali dan merestui.

“Kita pun dalam keadaan yang sangat happy. Alhamdulillah, Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan. Itu yang saya nak pun, bendanya benda personal bagi saya.

“Kerana ketika saya bersama bekas isterimu anda semua pun jarang dapat berjumpa dengan dia. Memang cara saya yang personal kita biarkan personal. Yang penting bagi saya adalah bekerja,” katanya.

Enggan mendedahkan isteri baharunya, Afdlin menegaskan bahawa perkara itu terlalu personal baginya dan mempunyai cara yang berbeza untuk mengendalikan rumah tangganya.

“Saya tak mahu itu menjadi fokus. Saya memang jenis yang begitu. Biarlah yang personal itu saya yang hadapi dan galas kerana kita semua berbeza-beza dan ada cara untuk kita menangani dugaan dan juga cabaran hidup.

“Alhamdulillah, saya punya dah selesai. Saya tengok orang lain punya perkahwinan atau pun perceraian semua tersebar luas.

“Pada saya, penting ke benda tu? Sebab itulah ini kali pertama saya menceritakan yang saya sudah berkahwin secara formal di Melodi,” jelasnya.

Sementara itu, pelakon yang membintangi filem Baik Punya Cilok ini juga mengakui dirinya sudah pun berumah tangga sejak Aidilfitri lalu.

Namun, Afdlin juga sempat memohon agar orang ramai mendoakan agar rumah tangganya kini berkekalan sehingga ke syurga.

“Betullah, tahun ni beraya dengan keluarga baru dan juga beraya dengan keluarga lama. Dia seorang yang berasal dari Johor.

“Satu ketikanya dia ada bekerja dengan saya. Sekarang ni, dia masih bekerja dengan saya. Dia orang biasa bukan artis. Kami bercinta pun kejap je pasal saya ni dah berumur.

“Tak adalah bercinta lama-lama dan ianya bukan any testiment pada bekas isteri saya sebab bekas isteri saya pun menjaga saya dengan elok. Cuma yang kita mengharapkan pada ketika ini yang terbaiklah.

“Kita doakan juga pada kawan-kawan, penonton-penonton doakan saya sampai ke Jannah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Featured Tue, 25 May 2021

Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka Kepada Individu Bawah 60 Tahun Mulai Esok

Berita baik buat mereka yang masih belum mendaftar vaksin! Slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca akan dibuka mulai  esok (Rabu) bermula jam 12 tengah hari. Perkara itu dimaklumkan Menteri […]

Featured Mon, 8 Aug 2022
Featured Fri, 1 Dec 2023

[VIDEO] “Beruntungnya Ada Anak Soleh Macam Ni”- Baru Berusia 4 Tahun, Gelagat Ardy Wira Pertama Kali Laungkan Azan Bikin Netizen Meremang!

MasyaAllah Wira😍😍😍Min dari dulu memang suka sangat kat Wira ni bijak je budaknya❤️

Trending Fri, 15 Apr 2022
Trending Wed, 19 Sep 2018

Jimat RM 200, DIY ‘Repair’ Mesin Basuh Dengan Mudah. Sejam Dah Siap!

Tidak perlu lagi keluar duit untuk membaiki mesin basuh anda.