Hiburan By: Fatin Nurain October 23, 2023 @ 12:20pm

Aidil Aziz Sedia Tayang Badan Jika Perlu – “Saya Dah Ready Mental & Fizikal”

Pelakon Aidil Aziz mengakui dirinya sedia untuk menyahut apa sahaja cabaran yang akan datang sepanjang pembikinan filem Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Datuk Afdlin Shauki.

Menurut Aidil, dia juga tidak kisah sekiranya ada babak yang memerlukannya untuk menayang badannya memandanngkan perkara itu adalah normal dalam sukan bola sepak.

Bahkan, pelakon itu turut menyatakan dia sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk menjayakan wataknya sehabis baik dalam filem tersebut.

“Saya akan membawa watak pemain bola sebenar nama dia Dion Cools. Dia mat saleh. Bila saya ditawarkan watak tu, saya fikir saya kena speaking dan ada slang. Itu yang saya suka sebab itulah cabaran dia.

“Untuk tayang badan tu kena tanya pengarah, sebab secara logiknya sebagai player dalam bilik persalinan memang tanggal baju tu normal.

“Tak kisah kalau arahan director nak buat dia nampak real. Saya tak kisah sebab saya dah prepare cutting badan footballer.

“Nak saya buka baju lepas goal pun saya dah sedia. Kalau tak prepare nanti macam terfikir-fikir dan tak yakin. Jadi saya ready mentally dan physically saya akan buat je apa yang disuruh,” katanya.

Bagaimana pun, Aidil tetap akan menjaga batasnya dalam lakonannya walaupun isterinya, Fasha Sandha tidak meletakkan sebarang syarat sebelum terlibat dalam filem ini.

“Bila dah berkeluarga ni, kita tetap kena jaga. Tak ada syarat apa-apa tapi kita sendiri boleh fikir. Lagipun kita Malaysia, kita boleh sampai mana pun yang selebihnya hanyalah mainan kamera,” jelasnya.

Sebelum ini, Aidil meluahkan rasa terujanya apabila ditawarkan untuk berlakon menerusi filem ini selepas nekad untuk membuat badan.

Malah, Aidil turut menyatakan keputusannya itu turut mendapat sokongan daripada Fasha demi mendapatkan kepuasan dalam lakonan.

“Dia sangat suka sebab dia tahu saya memang tengah prepare badan untuk berlakon filem. Moral of the story, kita usaha dulu, Allah tahu mana yang terbaik nak bagi kat kita.

“Saya tak pernah berlakon filem sebelum ni. Bila tengok badan saya sebelum ni macam pakej drama. Saya nak main filem pula sebab nak kepuasan dalam lakonan. Jadi saya persiapkan diri saya dengan membuat badan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidil Aziz Tak Sangka Ditawar Berlakon Filem Selepas Nekad Bina Badan – “Dulu Saya Saiz M, Sekarang Dah L”

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki Rungkai Kisah Tersembunyi Pasukan Bola Sepak Tanah Air Dalam Harimau Malaya: The Untold Journey

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Kalau Berjaya Masuk AJL34, Usop Nak Buat Kenduri!

Jom doakan Usop, boleh kita makan kenduri nanti!

Events Fri, 19 May 2023
Trending Tue, 6 Aug 2019

Peminat Naelofar Dan Starbucks Boleh Dapatkan Jenama Ini Serentak!

Dapatkan Neelofar X Starbucks dalam masa yang terhad ni tau!

Trending Sun, 28 Aug 2022

Didakwa Bercinta Dengan Selebriti Wanita? Ini Jawapan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, nama Sufian Suhaimi menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikatakan sudah mempunyai kekasih selepas pengacara dan usahawan, Neelofa, ‘mengusik’ penyanyi itu seolah-olah dia kini sudah mempunyai pasangan. Namun, memetik laporan Harian Metro, penyanyi […]

Featured Tue, 13 Feb 2024
Hiburan Sun, 16 Jun 2019

‘Saya Ada Jemput Dia’- Awi Rafael Bakal Bekerjasama Dengan Bekas Tunang

“Saya sudah lama menerima hakikat bahawa mungkin kami ditakdirkan lebih serasi sebagai sahabat”.

Contest Wed, 30 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票

xtra好康头 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票,让你现场一睹半决赛各技艺精湛的舞狮。