Hiburan By: Khairil Khusyairi March 12, 2024 @ 3:22pm

Ajai Akhirnya Bakal Beraksi Di Pentas Sendiri Selepas Lebih Tiga Dekad, Tampil Bersama ‘Mega Friends’ Ogos Depan

Rata-rata anak seni yang kini mekar melakarkan nama, pernah berjaya dengan lagu nukilan seorang penyanyi dan komposer hebat yang bernama Ajai.

Sebut sahaja, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, Misha Omar, Ella, Dato Jamal Abdillah, Hafiz Suip, Ning Baizura, Hazama, Nora, Ziana Zain, Liza Hanim, Allahyarham Dato Sharifah Aini, Saleem dan Siti Sarah antara nama-nama besar yang telah mencipta kejayaan dengan lagu-lagunya.

Impian pemilik nama sebenar, Mohd Faizal bin Maas atau lebih mesra disapa sebagai Ajai itu akan terlaksana apabila bakal beraksi di pentas kepunyaan sendiri yang diberi nama Konsert By Ajai & Mega Friends.

“Konsert ini dijadikan trademark sebab ratusan artis yang saya hasilkan, lagu single mereka saya buat.

“Kami ada lebih 70 lagu yang akan dipersembahkan pada malam itu, tidak termasuk artis-artis lain lagi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Misha Omar, Faizal Tahir dan ramai lagi.

“Susah juga nak buat pemilihan artis, terutamanya apabila perlu mengikut waktu mereka, saya tak boleh guna kuasa veto saya sebagai komposer,” katanya kepada pemberita.

Ajai ditemui pada sidang media Konsert ByAjai & Mega Friends di Royale Chulan Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ajai juga berkongsi bagaimana tercetusnya untuk mengadakan konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu.

“ByAjai itu adalah semua karya yang saya pernah hasilkan dan Mega Friends pula adalah artis yang pernah dan akan bekerjasama dalam karier saya.

“Apabila saya periksa semula lagu-lagu karya saya dari tahun 1989 hingga sekarang, ada lebih kurang 60 ke 70 buah lagu hit saya, jadi saya rasa cukup untuk saya hasilkan sebuah konsert.

“Saya juga memerlukan persiapan kebih kurang 3 bulan tetapi jenama ini sudah lama saya buat,” ujarnya lagi.

Pada konsert tersebut, Ajai akan beraksi dan mengalunkan lagu-lagu versi pencipta. Lagu-lagu hit yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi bertaraf bintang di Malaysia.

Konsert By Ajai & Mega Friends menampilkan barisan penyanyi hebat tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie manakala Sharon Paul bertindak sebagai Pengarah Muzik di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.

Tiket boleh mula dibeli di www.ticket2u.com.my/byAjai

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Beraksi Di Atas Pentas Bersama Nourul? Ajai Rasa Tak Ada Keserasian Lagi – “Perasaan Ini Susah, Tak Boleh Dipaksa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 9 May 2019
Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 19 Jun 2019

‘Keluarga Halang Saya Jadi Penyanyi Hip Hop’- Pele

“Saya juga mengambil keputusan untuk berhenti belajar ketika di tahun kedua dalam jurusan undang-undang. Itu yang membuatkan kedua ibu-bapa sedikit kecewa”.

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

BRAZILIAN PLASTIC SURGEON EXPLAINS HOW SCIENTIFICALLY PERFECT V’S FACE IS

Many people in the world already know just how handsome V of BTS is. But now it is scientifically proven too!

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Berdepan Kontroversi Yang Hampir Sama, Ini Pesan Shukri Yahaya Kepada Syafiq Kyle

Shukri Yahaya juga mengakui bahawa agak lama baginya untuk memadam dan membersihkan namanya ketika terpalit dengan isu kontroversi tersebut

Trending Tue, 12 Jan 2021

Anugerah Juara Lagu 35 Ditangguh

Agak-agak AJL 35 ditangguh sampai bila?

Trending Fri, 11 Dec 2020
Hiburan Tue, 29 May 2018

‘Syawal Kali Ini’ Definisi Hidup Fattah Amin

Kalau nak tahu, ini merupakan kali pertama saya mengarah klip video. Pada mulanya agak sukar untuk ajak mereka berlakon dalam klip ini tetapi saya percaya sebagai ahli keluarga, mereka sentiasa menyokong karier saya…Tahniah Fattah, semoga single ini terus meletop!

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Pengasas Kate Spade Ditemui Mati Tergantung

Walaupun Kate sudah tidak lagi menjalankan sebarang urusan dengan Kate Spade sejak lebih sedekad lalu, namun Kate dan suami Andy merupakan pengasas dan pencipta kepada jenama yang disayangi ramai ini. Kate akan terus dirindui…

Hiburan Sat, 12 May 2018

Kendall Jenner Dikecam?

Kendall turut berkongsikan gambarnya itu di laman Instagram beserta kapsyen, ‘Opps’ kepada lebih 90 juta pengikutnya.