Acara By: Ad Ops January 19, 2018 @ 8:13am

AJL 32 Angkat Tema Fesyen dan Muzik

Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan menyaksikan Fesyen dan Muzik diangkat sebagai tema utama. 

Evolusi, Ekspresi & Identiti

 
Setiap artis bebas bereksperimentasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, sama ada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia telah berevolusi.
 
 
Trofi
 
Menariknya, AJL 32 menampilkan kelainan di mana trofi pada malam tersebut mendapat suntikan berelemenkan fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.
 
 
Transisi Fesyen
 
Pasti ramai yang masih ingat fesyen berani Ramlah Ram yang memakai baju berbentuk kunci dan hati. Juga pakaian ringkas Hafiz Suip yang mengenakan baju T dan seluar track. 
 
Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari 1986 hingga kini, pasti peminat AJL akan teruja dengan fesyen yang bakal digayakan oleh para artis nanti.
 
 
“Muzik dan fesyen sememangnya saling melengkapi. Kami merasakan tema yang dipilih pada tahun ini amat bertepatan. Pastinya penonton ternanti-nantikan fesyen apakah yang bakal digayakan artis kesayangan mereka,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak.
 
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan AJL 32 yang bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari 2018! 
 
Muat turun Aplikasi Wanita secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Meriah! Band Legenda Blues Gang, Exist Antara Penyeri Segmen Interlude Malam Kemuncak AJL

Wowww!!! Blues Gang & Exist lah gaiss 😱 Confirm ramai akan imbau kenangan lalu nanti 🤪

Acara Thu, 23 Aug 2018
Acara Fri, 26 Aug 2022
Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat