Events By: Salma Syahbuddin June 12, 2023 @ 3:01pm

Akim & The Majistret Lebih Memilih, Kini Tampil Dengan Lagu Baru ‘Saksama’

Walaupun nama Kumpulan Akim  & The Majistret kini sedikit menyepi, namun siapa sangka kumpulan yang dianggotai oleh vokalis Akim Ahmad ini kini tampil dengan lagu baharu mereka berjudul Saksama.

Akim berkata, lagu Saksama dari album ketiga ini bakal dilancarkan pada hujung tahun 2023 dan ia  mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila lagu tersebut dicipta oleh setiap anggota kumpulan Akim  & The Majistret (ATM).

Bahkan, liriknya pula mendapat sentuhan isterinya sendiri iaitu, Stacy Anam (Bunga Cantik).

Akim & The Majistret ketika mengadakan showcase di The Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Single terbaharu daripada Akim & The Majistret ini dicipta sepenuhnya oleh setiap anggota kumpulan ini sendiri. Liriknya pula daripada Bunga Cantik yang juga adalah isteri saya, Stacy dan ia menjadi satu gandingan yang tiada dua.

“Saya juga sentiasa berbincang dengan Bunga Cantik mengenai apa yang kami mahukan. Semasa proses rakaman juga, memang Bunga Cantik sendiri yang menjadi penerbit vokal untuk single Saksama ini. Banyak input menarik yang kami terjemahkan dalam lagu ini.

“Bagi lagu ini, saya dapat merangkumkannya dalam satu perkataan iaitu tenang. Semua yang pernah mengkuti lagu-lagu kami, memang lagu Saksama ini ada perbezaan sedikit kerana ia lebih tenang. Setiap anggota dalam ATM memberikan idea dan sesuatu yang bersesuaian untuk melengkapkan penghasilan lagu ini,” katanya. 

Akim berkata demikian ketika di temui pada sesi bersama media dan Showcase Akim & The Majistret yang diadakan di The Face Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut berkenaan album baharu mereka, salah seorang anggota kumpula tersebut iaitu Zimi Sofazr (gitar) menjelaskan, Saksama mengambil masa yang lama untuk diperdengarkan kepada peminat memandangkan mereka sedikit memilih dari segi susunan muzik dan kualiti sesebuah lagu.

“Nak menghasilkan sesuatu material yang berkualiti dan kena dengan halwa telinga pendengar itu bukannya mudah, kerana itu kami agak memilih.

“Sebab melodi tu kalau kita rasa sedap tapi untuk 2-3 orang dengar lain pula, so it is a different taste. Jadi kita kena mengikut peratusan ‘taste’ mana yang paling dekat orang nak dengar atau boleh jual. Tapi tak bermaksud ia tak berkualiti.

“Saksama ni memerlukan kami menapis berulang kali termasuklah yang dah siap rekod pun kami akan rekod semula sampailah kami puas hati,” jelasnya.

 

Ketika ditanya kenapa lagu Saksama ini dikeluarkan terlebih dahulu dan adakah ia sebenarnya bertujuan untuk disenaraikan dalam Anugerah Juara Lagu, Akim & The Majistret menjelaskan perkara itu masih belum difikirkan.

“Kenapa lagu ini dikeluarkan terlebih dahulu bukannya kerana target kami untuk masuk AJL, tapi  sebagai tanda untuk ATM dan teaser dari kami.

“Sebab kami dah lama tak keluar albumkerana orang pun tunggu idea dari kami  macam lagu jenis apa yang kami akan keluarkan.

“Pressure sebenarnya, kalau nak tahu demo lagu Saksama ini dibuat dari tahun lepas dan kami pilih lagu ini dulu untuk kami release selain banyak benda yang perlu diambil kira,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 1 Nov 2019

Debaran Makin Terasa, Jangan Lupa Tonton ASK 2019 Malam Ini!

Jangan lupa ‘melekat’ di depan kaca televisyen menyaksikan malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 yang bersiaran di Tv3 bermula jam 9 malam ini. Tengok jangan tak tengok ok! 

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

Aina Abdul Kongsi Pengalaman Depresi Dalam ‘Sumpah’

Aina percaya rezeki akan datang kepada sesiapa yang tidak berhenti berusaha!

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

萧敬腾8秒「超快der」体力受得了吗?

萧敬腾新专辑「欲望反光」将于22日发行,同名歌曲由吴青峰一手包办词曲,MV则邀国际级摄影大师林炳存执导,采一镜到底拍摄。

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉治正式回归《爱过你有多久就有多痛》唱进人心

终结三年等待,走出黑暗幽谷,告别过去,经历内心风暴后重生的萧秉治,宣告正式回归!