#tilljannah By: Maya Basir October 11, 2022 @ 4:47pm

Aman Ra Kembali Bergelar Suami Kepada Kakak Chef Selebriti

Penyanyi rap, Aman Ra kembali bergelar suami dengan wanita pilihannya selepas lebih setahun menduda.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Aman Ra atau nama sebenar Aman Jamaluddin selamat melangsungkan pernikahannya, semalam.

“Assalamualaikum, dengan rendah hati saya ingin berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami.

“Doakan yang terbaik dan terima kasih atas segala sokongan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aman RA (@gilabunny)

Difahamkan, wanita yang menjadi suri hati pelantun lagu Bangun ini dikenali sebagai Amira Hani iaitu kakak kepada chef selebriti popular, Anis Nabilah.

Meninjau diruangan komen, rakan-rakan artis seperti Zizan Razak, Amir Masdi, Zynakal dan pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka suami isteri.

Terdahulu, Aman Ra pernah mendirikan rumah tangga dengan Natiqah Rahmat namun sah bercerai pada 5 Ogos lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 4 dan Tuah Khalifa yang kini berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Ini 5 Rancangan Wajib Tonton Anda!

Jangan risau kerana tonton akan sentiasa memenuhi kehendak anda dengan menyiarkan drama-drama yang semestinya mendapat tontonan paling tinggi di Malaysia. Kalau nak tahu apakah drama tontonan yang paling mendapat tempat dihati masyarakat, Jom Kita lihat senarai ini!

Featured Tue, 31 Jan 2023

Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Moga LMK kental hadapi kritikan netizen. Jangan Hilang pula okay!

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

#MuzikMuzik33; Debaran Kali Kedua Ben Ladin

Lagu Hikayat Ben Ladin nyanyian penyanyi Ben Ladin berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 33. Ben Ladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan meluahkan rasa teruja apabila single karya komposer Malique dan Dedeq ketika […]

Hiburan Tue, 10 Mar 2020
Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Penyampai Radio A.I. Pertama Di Malaysia Melancarkan Lagu Solo

Aina Sabrina, DJ A.I. Fly FM membuat penampilan muzik sulung dengan lagunya, “Trust The Code”