Hiburan By: Del14 September 8, 2019 @ 6:33pm

“Anak Angkat Adalah Satu Rezeki” – Sufian Suhaimi

Penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu “Di Matamu” ini menyuarakan hasratnya untuk mengambil anak angkat dan enggan memikirkan soal cinta atau berkahwin buat masa ini.  Sufian Suhaimi baru-baru ini telah digossipkan dengan pelakon PASKAL, Jasmine Suraya Chin dan seorang instafamous berusia 16 tahun selepas gambarnya menghadiri majlis harijadi gadis itu tular di internet. Namun demikan, Sufian menyangkal dakwaan bahawa dia sedang bercinta dengan mana-mana wanita kerana itu bukan kepentingannya buat masa ini.

 

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/entertainment/posts/nafi-bercinta-dengan-instafamous-sufian-suhaimi-nak-takut-bercinta

 

“Mungkin cinta dalam hidup saya belum sampai lagi dan anak angkat adalah satu rezeki. Tidak semestinya ada anak angkat saya harus menjaganya di rumah. Saya boleh menjadikan anak di rumah anak yatim sebagai anak angkat saya. Apa yang penting dengan adanya anak ini, apabila saya bekerja dan berusaha keras saya tahu untuk siapa.” katanya kepada Harian Metro. 

 

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/entertainment/posts/sufian-geram-disangka-masih-belum-move-on

 

Sufian tidak merasakan usianya yang menjejak 27 tahun adalah terlalu muda untuk mengambil anak angkat  dan memikul tanggungjawab terhadap seorang ‘anak’ walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri.  Merasakan bertanggungjawab terhadap orang lain, akan membuatnya lebih bersemangat dalam mencari rezeki kerana dia sedar dia bukan hanya bekerja untuk dirinya sendiri, malah untuk keluarganya dan ‘anak’ itu nanti.

 

 

Saya pasti ramai yang bersependapat dengan Sufian kerana ramai anak yatim yang tinggal di rumah anak-anak yatim tidak berpeluang untuk merasakan hidup yang lebih senang dan terurus. Semoga dipermudahkan segala urusan Sufian dalam merealisasikan impiannya ini.

 

Anak-anak kesayangan Dato’ Rizalman Ibrahim. Foto dari laman instagram @rizalman71

 

Tengok sajalah pada Dato’ Rizalman Ibrahim yang mengambil dua orang anak angkat. Bukan sahaja anak-anak bertuah ini mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ‘babah’ mereka tetapi juga diberi pelajaran yang lengkap untuk bekalan dunia dan akhirat. Rezeki Dato’ Rizalman juga bertambah-tambah dengan adanya kedua permata hatinya ini. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Oct 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Puteri Balqis Akhirnya Buka Ruangan Komen, Ambil Peluang Kongsi Kata Semangat!

Terharunya min baca komen-komen peminat Aqishhh ❤️❤️❤️ Betullah Aqish jarang buka komen, bila ada peluang tu apa lagi kannn hehe sweet je semuaa!

Featured Thu, 8 Dec 2022
Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Psst…Corat Coret ASK 2018

Korang perasan tak bila…

Featured Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Tak kisah yang lain..tapi cemburu Ain jumpa Salt Bae!!!

Hiburan Fri, 12 May 2023
Featured Fri, 7 Jan 2022

Youtuber Tawar Gaji RM3,000 Sebulan, Jadi Pengasuh Jaga Patung Puaka

Selebriti Youtube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari empat orang pengasuh untuk menjaga kesemua patung puaka miliknya dengan gaji 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang […]