TECH By: SGMS Putri April 12, 2018 @ 7:35am

Apple Akan Berhenti Menyokong Aplikasi 32-bit Tidak Lama Lagi

Apple Inc dijangka akan mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna MacOS berkenaan keputusan mereka untuk tidak lagi menyokong aplikasi 32-bit tidak lama lagi. Pengguna MacOS akan mula menerima peringatan tersebut pada hari ini jika mereka membuka aplikasi yang hanya menyokong 32-bit pada MacOS High Sierra.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh wakil daripada Apple kepada Ars Technica. Aplikasi yang menggunakan 64-bit akan membantu sistem operasi untuk berjalan dengan lebih lancar dan pantas pada peranti Mac yang disokong oleh pemproses 64-bit. Perkara ini menjadi sebab mengapa pihak Apple mahu semua pembangun aplikasi Mac menggunakan 64-bit pada aplikasi mereka pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, proses peralihan ini masih lagi dalam fasa pembangunan, jadi para pengguna aplikasi 32-bit masih lagi boleh menggunakan aplikasi kegemaran mereka pada Mac sehingga satu tarikh yang masih belum dapat ditetapkan. Namun, semasa Worldwide Developers Conference 2017, pihak Apple telah menyatakan bahawa High Sierra akan menjadi versi MacOS terakhir yang menyokong aplikasi 32-bit.

Para pengguna peranti Mac dinasihatkan oleh pihak Apple untuk menghubungi pemaju aplikasi yang digunakan oleh mereka untuk mengenalpasti kemaskini aplikasi tersebut bagi versi 64-bit. Cara paling mudah untuk melakukannya adalah dengan melayari laman sesawang pemaju aplikasi-aplikasi tersebut. Pihak Apple turut memberi jaminan aplikasi 32-bit akan dapat digunakan tanpa sebarang masalah sehingga beberapa bulan akan datang.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 29 Nov 2018

Now You Can Purchase Houses Online?!

It’s as easy as ABC…

TECH Thu, 10 Jan 2019
TECH Sat, 4 Aug 2018

Sembunyikan Status Online Pada Instagram

Berikut kami kongsikan cara untuk anda Menyembunyikan Status Online Pada Instagram.

TECH Tue, 23 Jul 2019

消除心理压力! IG推隐藏贴文按赞数

会影响心情! IG尝试「隐藏贴文赞数」,消除用户心理压力~

TECH Thu, 8 Mar 2018

9 Teknologi Menakjubkan!

Di zaman teknologi dan digital ini, bermacam-macam teknologi dicipta oleh manusia-manusia yang suka berinovasi. Mari kita lihat beberapa penemuan teknologi yang dapat di kategorikan sebagai sangat berinovasi dan menakjubkan yang mungkin tidak ketahui oleh semua […]

TECH Sun, 8 Dec 2019

10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang anda tahu, Apple memperkenalkan iOS 13 di WWDC 2019 dan terdapat banyak ciri baharu yang telah diperkenalkan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips dan ciri baharu yang mungkin anda belum tahu mengenai […]

TECH Fri, 4 May 2018

Anda Pengguna Twitter? Pertimbangkan Ini…

Pihak Twitter meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

TECH Tue, 26 Mar 2019

Vivo Partners with Tencent Games and PUBG Corporation for PUBG MOBILE Club Open 2019

Being the official smartphone partner, Vivo showcases its commitment to connect with gamers around the world

TECH Tue, 21 Jan 2020

Cara Melakukan Tetapan Kad Kredit Pada Pelayar Chrome

Kepada anda yang gemar memebeli belah secara atas talian menggunakan kad kredit atau debit, berikut kami kongsikan cara untuk menghubungkan kad kredit dengan pelayar chrome untuk memudahkan proses pembayaran atas talian. Pertama sekali buka aplikasi […]

TECH Thu, 18 Jul 2019

Langkah Alternatif Pengganti Tombol Bunyi Pada Android

Kepada anda yang memiliki peranti Android yang rosak tombol bunyi, berikut kami kongsikan alternatif kepada masalah tersebut.