Featured By: Fadzlena Jafar May 1, 2020 @ 7:14pm

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak ditamatkan, sebaliknya hanya diberi kelonggaran dengan bersyarat (PKPB) bagi membantu sektor ekonomi memulakan proses pemulihan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaan PKPB hanya untuk membolehkan sektor ekonomi tertentu dan aktiviti perniagaan kembali beroperasi.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan mewujudkan applikasi MySejahtera dan MyTrace bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengesanan kontak sekiranya berlaku jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memakai topeng muka dan mulut sebagai contoh norma baharu menjelang PKPB selepas menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Pekerja di Bangunan Perdana Putra hari ini. (Gambar hiasan/BERNAMA)

“Dalam memerangi COVID-19, pengesanan kontak (contact tracing) adalah sangat penting. Petugas kesihatan mesti tahu siapa yang pernah berada dekat dengan orang yang dikenal pasti positif COVID-19. Untuk memudahkan pengesanan kontak, kerajaan mewujudkan applikasi MySejahtera dan MyTrace.

“Saya harap anda semua yang mempunyai telefon pintar muat turun aplikasi ini untuk membantu pihak KKM melakukan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan baharu,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, hari ini.

Dalam perutusan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa sektor ekonomi dan aktiviti sosial yang membabitkan perhimpunan, tidak dibenarkan beroperasi.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPB: Aktiviti berbentuk perhimpunan tidak dibenarkan beroperasi

Menjadi tanggungjawab orang ramai untuk mengamalkan penjarakan sosial yang selamat. (Gambar hiasan/PKPB)

Pada masa sama, Muhyiddin meminta majikan untuk membudayakan norma baharu termasuk memperkenalkan jadual waktu anjal dan bekerja dari rumah, sekali gus dapat mengurangkan masyarakat berada di luar rumah.

Beliau berkata, meskipun memahami kebimbangan masyarakat apabila kelonggaran terhadap PKP diberikan, beliau yakin akan kemampuan KKM dalam memerangi wabak COVID-19.

“Kita perlu terima hakikat bahawa dalam bulan-bulan mendatang ini, adalah mustahil untuk mana-mana negara mencapai angka sifar dalam jangkitan COVID-19. Yang perlu dilakukan ialah mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Tetapi yang lebih penting ialah diri kita sendiri. Tanggungjawab kita sendiri. Jaga kebersihan diri kita. Jangan keluar rumah kecuali jika perlu. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada setiap masa, pakai penutup hidung dan mulut bila keluar ke tempat awam serta bawa cecair pembasmi kuman,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Featured Wed, 26 Sep 2018
Gaya Hidup Tue, 19 Nov 2019

6 larangan bagi warga Arab Saudi wanita yang tidak masuk akal

Hak kebebasan wanita di sana terbantut. Kasihannya!

Featured Thu, 26 Mar 2020

Tunku Azizah mohon rakyat doakan keselamatan baginda sekeluarga

Turut bimbang 9 petugas yang disahkan positif COVID-19

Featured Sun, 17 Apr 2022

“Keputusan Saya Untuk Pulang ke Malaysia Adalah Disebabkan…” – Kes Pelanggaran Kontrak Ben Amir Akhirnya Selesai

Kes pelanggaran kontrak Ben Amir dengan syarikat produksi telah selesaikan di mahkamah.