Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 8, 2022 @ 7:16pm

Ara Johari Lancar Single Terbaharu ‘Pasti Tiba’

Sebut sahaja nama penyanyi wanita tanah air yang mempunyai kelantangan vokal dan bakat tersendiri, salah seorang semestinya Ara Johari.

Terkenal dengan lagu balada, kini dia sekali lagi muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Pasti Tiba’ hasil ciptaan komposer ternama iaitu Sharon Paul dan Fedtri Yahya.

Menurut Ara, idea disebalik tercetusnya single ‘Pasti Tiba’ ini datang dari Sharon sendiri.

“Mula-mula kak Sharon dan abang Fedtri mahukan penyanyi lain tetapi saya dipilih akhirnya.

“Kesemuanya berlaku dengan begitu cepat, kira-kira tiga minggu sebelum lagi ini dilancarkan.

“Proses rakaman hanya memakan masa selama tiga ke empat jam sahaja dan proses penggambaran mengambil masa sekitar sehari untuk disiapkan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, lagu ‘Pasti Tiba’ ini mengisahkan tentang seorang kekasih yang setia, namun tanpa diduga orang yang disayanginya itu dalam diam telah memungkiri janji dan berlaku curang sehingga pada akhirnya dia berserah kepada Tuhan.

“Lagu ini berkisar tentang seorang kekasih yang setia dan telah memberi sepenuh cintanya, namun tanpa diduga orang yang disayanginya itu dalam diam telah memungkiri janji dan berlaku curang, rasa kecewa dan hilang harapan menyelubungi diri dan dia seakan tidak tahu untuk bertindak.

“Akhirnya, dia berserah kepada Tuhan kerana yakin dengan hikmah-Nya, takdir dan balasan itu hanya milik Yang Maha Kuasa, hanya kesabaran menjadi penguat hati dalam menempuh episod sedih dalam perhubungan yang tidak kesampaian,” jelas Ara.

Penyanyi berjudul Bunga itu turut mengharapkan lagu ‘Pasti Tiba’ ini dapat menjadi penguat semangat bagi mereka yang tersakiti di luar sana untuk terus kuat dan tabah dalam menghadapi alam percintaan.

Malah, dia turut mengharapkan semua pendengar dapat menerima lagu ini dengan baik dan menyuruh mereka untuk menunggu album penuhnya yang akan keluar pada tahun 2023 nanti.

“Saya berharap agar lagu ini menjadi penguat semangat bagi mereka yang disakiti di luar sana supaya lebih kuat dan tabah dalam mengharungi alam percintaan dan semoga semua pendengar dapat menerima lagu ini dengan sebaiknya. Jangan lupa nantikan album penuh saya pada tahun 2023 nanti!” akhiri Ara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Feb 2024
Hiburan Fri, 8 Dec 2023

Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Local Artist Evelyn Feroza Wants You to Close Your Eyes and Indulge in Her Latest Song

But you’ll want to keep your eyes open while watching her new music video though…

Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

Trending Sun, 3 Jan 2021

KPT Umum Bayaran Balik PTPTN Ditangguh Kepada Tempoh…

Berita baik buat penuntut IPTA/ IPTS..

Featured Thu, 31 May 2018

Boleh Cuba Menu Pasta Ini Kalau Anak Anda Dah Bosan Makan Bubur Nasi

Menu pasta ini pasti menjadi kegemaran si manja anda!

Hiburan Thu, 16 Feb 2023