Hiburan By: Maya Basir December 22, 2023 @ 3:17pm

Arash Mohamad Beri Pesanan Buat Selebriti & Influencer Selidik Tawaran Terlebih Dahulu – “Mereka Target Orang Yang Sedang…”

Pelakon Arash Mohamad memberi nasihat kepada golongan selebriti dan pempengaruh untuk tidak menjadi mangsa penipuan di media sosial.

Menurut Arash, sebelum berurusan pastikan teliti terlebih dahulu sesuatu tawaran tersebut.

“Nasihat saya kepada golongan selebriti, kalau sesiapa tawarkan untuk kerjasama, periksa dan selidik terlebih dahulu kerana mereka yang suka mengambil kesempatan ini, memang mensasarkan orang yang sedang berada di kemuncak.

“Zaman sekarang, teknologi pun semakin maju. Jadi, kesempatan yang diambil juga jadi semakin meluas dan mudah,” katanya semasa ditemui di tayangan perdana filem Dalang di MBO Cinema, Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Selain itu, dia juga memberitahu lebih selesa berurusan menerusi panggilan telefon berbanding media sosial.

“Kadang-kadang, ada yang menghubungi saya melalui direct message (DM) di Instagram atau Facebook untuk tawarkan kerjasama contohnya, review produk dan sebagainya.

“Selalunya, saya akan minta nombor telefon mereka atau berikan nombor telefon saya untuk mereka hubungi. Saya tak suka DM di media sosial kerana urusan kerja itu nampak tak wajar dan tak rasmi.

“Sekurang-kurangnya, kalau dihubungi menerusi panggilan telefon, saya boleh simpan nombor itu. Kalau sekadar di Facebook atau Instagram, sekarang dah terlalu banyak akaun palsu yang menjalankan penipuan.

“Saya pula orang tua dan tak reti sangat nak berurusan di media sosial. Jadi, hubungi saya melalui telefon dan kita bincang. Kalau setuju, kita teruskan,” ujarnya.

Terbaharu, Arash membintangi Dalang sebuah filem arahan pengarah, Nik Amir Mustapha yang ditayangkan di platform Tonton bermula 20 Disember 2023.

Selain Arash, filem Dalang turut dibintangi oleh Luqman hafidz, Liyana Jasmay, Aziz M Osman, Wan Raja dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

‘Tanah Airku Tanah Airmu’, Duet MonoloQue Dengan Amy Search Kali Ini Memang Rare!

Menurut Monoloque, “ Persembahan kali ini lebih “jantan”, lagi-lagi dapat berpadu tenaga dengan Yang Berhormat Muzik Rock Tanahair, Amy Search,”.

Hiburan Sun, 23 Jun 2019
Selebriti Tue, 12 Sep 2023
Featured Thu, 22 Dec 2022
Events Sun, 23 Feb 2020