Hiburan By: SGMS Fas February 24, 2018 @ 12:54pm

ARTIS ‘2L’ PULA KONGSI TARIKH SAMA DAPAT ANAK

Nampak gaya nya Februari menjadi bulan para artis melahirkan anak.

Selepas pelakon Nora Danish bersalinkan Ney Ney dan  Sharifah Shahirah melahirkan Dey Dey pada hari yang sama  22 Februari lalu, kini dua lagi artis yang nama mereka bermula dengan abjad ‘L” berkongsi tarikh mendapat cahaya mata pada hari yang sama.

Artis ‘2 L’ yang dimaksudkan itu  tidak lain ialah bekas vokalis kumpulan Kristal, Mohamed Razlan,32,  yang kini bergelar Lan Solo dan  bekas penyampai radio, Rozlindah Onn atau lebih dikenali sebagai Linda Onn,

Lan menyambut kelahiran anak ke 4 nya pada jam 4.10 pagi. Kredit: IG Lan.

 

Lan solo dikurniakan anak ke 4 nya  yang juga anak dara ke 3 dalam keluarga pada awal pagi tadi, manakala  Linda Onn, 40,  baru sahaja memuat naik gambar bersama anak sulongnya lebih dua jam lepas sambil menulis “LO Junior Alhamdullillah“.

Setekat ini belum dinyatakan secara rasmi jantina bayinya itu namun bertalu-talu netizen mengucapkan tahniah dan selamat berpantang pada Linda.

Namun  jika diperhatikan ayat Linda yang menyebut ‘LO Junior’ mungkin bayinya perempuan apatah lagi gelaran yang diberi ialah  Baby Uz.

Antara artis yang turut mengucapkan tahniah termasuk pelakon yang baru bersalin Nora Danish dan bakal ibu yang sedang menunggu tarikh bersalin setelah 11 tahun berkahwin. Ya! siapa lagi jika bukan Datuk Seri  Siti Nurhaliza. Sudah tentu ramai yang tidak sabar melihat bayi comel ‘Tok Ti’ kelak.

Linda berkahwin dengan suaminya, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan pada bulan Disember  2014 sementara Lan Solo bernikah dengan isterinya, Nur Sheila Hassim, juga pada bulan Disember tetapi tahun 2009.

Lan dan Sheila mempunyai tiga orang anak sebelum ini iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4 tahun.

Tahniah Linda dan Lan solo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Nabila Huda Beraya Tanpa Anak

Netizen jangan tanya mana Keisha pergi tahun ni ok?

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Lisa Dan Yusry Nak Anak Lagi?

Semoga yang terbaik buat Lisa Surihani dan Yusry!

Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Featured Sat, 9 Sep 2023
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

小鲜肉Lee被粉丝突袭抱抱 Mook钟爱大马食物

配合《我亲爱的失败者》三部曲即将在全马首播,其中系列《怪物浪漫》男女主角Lee和Mook来马宣传!见面会上,小鲜肉Lee被粉丝突袭环腰抱抱吓得傻笑,而女神Mook则钟爱大马食物。