Hiburan By: Khairil Khusyairi March 21, 2024 @ 3:27pm

Kontrak Zaquan Adha Tak Disambung, Ayu Raudhah Tak Bimbang… Seronok Berniaga Sambal Bersama Suami

Pelakon Ayu Raudhah mengakui tidak bimbang apabila kontrak suaminya, Zaquan Adha, 36, bersama Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) tidak disambung, baru-baru ini.

Menurut laporan Berita Harian, Ayu memaklumkan suaminya itu ada menerima beberapa tawaran seperti duta produk sukan dan beberapa tawaran lain selepas sehari mengumumkan persaraan.

“Alhamdulillah, kami tak bimbang apabila suami hilang pekerjaan. Kami sentiasa percaya pada rezeki.

“Memang sebelum ini suami bermain bola sepak, tetapi rezeki dia bukan setakat di situ, gaji hanyalah sekadar angka sahaja.

“Kami bersyukur selepas satu pintu ditutup, banyak pintu rezeki lain pula terbuka. Selain dilamar sebagai duta, suami juga ada menerima tawaran kelab lain, tetapi perlu berjauhan dengan saya dan anak-anak.

“Jadi, suami masih pertimbangkan kerana umurnya bukan muda lagi nak berhijrah ke tempat lain. Lagipun, kami sudah memiliki rumah dan selesa tinggal di Seremban.

“Jadi, suami mahu ambil masa untuk pertimbangkan apa yang terbaik untuknya,” katanya.

Kongsi ibu kepada enam cahaya mata itu lagi, dia dan suami kini seronok mengusahakan perniagaan produk sambal keluarannya.

Difahamkan, sambal geprek AR yang dijual di TikTok berjaya terjual hampir 6,000 botol dalam tempoh beberapa bulan.

“Saya pun tak sangka jualan sambal ini boleh mendapat sambutan menggalakkan. Setidak-tidaknya ada sesuatu yang saya lakukan sejak tidak berlakon.

“Zaquan tak pernah menghalang, cuma masa belum sesuai. Sekarang saya tengah seronok berniaga sambal bersama suami.

“Segala-galanya kami lakukan bersama, dari memilih botol, membeli bahan dan membungkus tempahan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Zaquan dilihat menangis dan mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak tanah air sekali gus membuatkan ramai penyokong sebak.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Video ‘Miming’ Hindustan, Gelagat Reen Rahim & Suami Raih Perhatian – “Dia Bawa Geng Sudah…”

Umum mengetahui, pelakon Reen Rahim sudah bergelar isteri kepada Hazim Zainal beberapa minggu lalu dan kini sering tampil berkongsi momen bersama suami tercintanya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram […]

Trending Wed, 6 Jan 2021
Featured Tue, 20 Sep 2022

“Kaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhana…” – Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

Seriuslah weii, harga beg dia boleh beli kereta RR syatuuuuuu😱😱😱

Hiburan Mon, 23 May 2022

“Tipulah Saya Tidak Terasa Hati Apabila…” – Ayu Damit Jadikan Ejekan Pembakar Semangat

Ejekan yang dilemparkan ke Ayu Damit digunakan sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]