Hiburan By: SGMS Faida July 8, 2019 @ 2:00pm

Berlakon Bersama? Amar Baharin Letak Syarat!

Pasangan selebriti, Amar Baharin dan Amyra Rosli meletakkan syarat kepada pihak produksi sebelum menerima tawaran menjayakan sebuah drama yang bakal menampilkan mereka sebagai suami isteri di kaca televisyen.

Amar membawakan watak suami yang mengamalkan poligami di dalam karya terbabit, berhadapan dengan isterinya yang mempunyai masalah mental. Tidak mahu sebarang dialog memberikan impak terhadap rumah tangga mereka, Amar dan Amyra mengambil pendekatan untuk lebih berwaspada.

“Kami sebolehnya cuba mengelak daripada bergandingan bersama, kerana sukar sebenarnya untuk menjayakan watak sebagai suami isteri. Ini kerana, kami terbatas untuk melontarkan dialog bagi memastikan tidak memberi kesan negatif kepada rumah tangga.

“Perkataan seperti cerai, talak dan sebagainya harus dititik beratkan. Justeru itu, setelah berbincang bersama, saya dan Amyra mencapai kata sepakat untuk menerima tawaran ini berdasarkan beberapa syarat.

“Bukan apa, naskhah ini menarik dan rugi untuk dilepaskan begitu saja. Malah, kami juga turut meminta nasihat pengarah dan penerbit sebelum penggambaran dimulakan,” katanya kepada Xtra.

Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

IamNeeta Kecewa Lagu Lambat Siap?

Good luck Neeta & team!

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Malas Cari Calon Suami, Zizi Kirana Serah Pada Ibu

Zizi Kirana nekad memberikan sepenuh kepercayaan kepada ibu untuk memilih bakal suaminya.

Hiburan Sun, 23 Jun 2019
Featured Fri, 4 Nov 2022

“Jangan Bertahan Untuk Dilukakan & Disakitkan” – Nasihat Makan Dalam Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli tular mengulas berkenaan hubungan persekitaran di dalam kehidupan seharian @iddinramliiBerangkat dari kedukaan.♬ original sound – fiaa Iddin memberitahu kepada warganet menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di […]