Events By: Atiqah Johari June 29, 2022 @ 4:47pm

Berpisah Dengan Ahli Perniagaan, Alya Iman Mahu Fokus Kerjaya – “Kalau Ada Jodoh Tak Kemana”

Setelah dua tahun menjalin hubungan cinta, pelakon baharu Alya Iman memaklumkan bahawa hubungannya dengan ahli perniagaan, Ridhwan Rosli telahpun berakhir sejak beberapa bulan lalu.

Namun, perpisahan tersebut tidak membuatkan mereka menjadi musuh malah mereka memilih untuk menjadi sahabat.

Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil berkata dia ingin menumpukan perhatian terhadap karier seninya dan lebih selesa berstatus bujang ketika ini.

“Buat masa sekarang ni, ya… saya single dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Tapi kami masih kekal bersahabat baik.

“Tapi saya not available ya… bukan sebab dah ada someone baru tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta.

“Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa lalu. Bagi saya, hubungan kami masih sebagai sahabat… dan kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya kepada XTRA.

Terdahulu, anak kepada pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Musthapa didakwa bertunang dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Walaubagaimanapun, ikatan pertunangan tersebut diputuskan apabila kehadirannya tidak diketahui dan dipersetujui oleh isteri lelaki tersebut.

Akibat sering terpalit kontroversi dengan suami orang, Alya menerima pelbagai tohmahan malah digelar sebagai ‘gold digger’ dan perampas oleh warganet sehingga kini.

“Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran.

“Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa tentang saya. Secara asasnya, sebagai selebriti saya kena terima apa sahaja netizen nak cakap.

“Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi… setiap apa yang jadi ada hikmah. Apa saja orang nak cakap pasal saya, Insya-Allah saya terima,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Aug 2019

Transformasi luar biasa seni macrame, rotan dan daun kering jadi pilihan mempelai!

Konsep perkahwinan berkonsepkan Boho jadi pilihan pengantin 2019

Hiburan Fri, 19 May 2023

Mahu Cuba Pelbagai Watak, Bella Astillah Sedia Bawa Watak Penyondol

wah tak sabar ni nak tengok kalau Bella dapat watak penyondol

Featured Thu, 5 Aug 2021

Pandelela Cemas Kepala Hampir Terkena Platform, Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

Walaupun tewas dalam misi untuk memburu pingat buat negara, ratu terjun negara Pandelela Rinong tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan saringan di final acara 10 meter Platform Wanita di kedudukan ke-12 di Sukan […]

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Featured Wed, 29 Apr 2020

Kesalahan berbeza punca dua wakil rakyat hanya didenda RM1,000

Masyarakat perlu faham istilah undang-undang

Featured Wed, 25 Jan 2023