Hiburan By: SGMS Faida June 27, 2019 @ 10:00pm

Bertudung Bukan Sebab Suami

Pelakon popular Lisa Surihani menjelaskan dia berhijab bukan disebabkan permintaan, saranan atau mengikut kehendak suaminya, pengarah juga bekas anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim.

Pelakon berusia 33 tahun ini memaklumkan keputusan diambil untuk memakai hijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

“Begitupun saya dapat berasakan yang suami mahu saya membuat keputusan sendiri. Yusry juga mahu saya melakukannya (berhijab) atas sebab yang betul,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
View this post on Instagram

With our children Yahaira and Yusof here at The Holy Kaabah. ❤️ gonna miss this place so much. :’)

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on

Ditanya apa kata Yusry sebaik melihat dia sudah berhijab, Lisa mengambil pendekatan untuk tidak memberi kenyataan mewakili suaminya sebaliknya menyarankan supaya ia ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan.

Kata Lisa, dia juga tidak meletakkan pemakaian hijab sebagai sebahagian daripada fesyen mahupun gaya sebaliknya mahu tampil lebih baik berbanding sebelumnya.

“Kalau hendak diikutkan saya belum bersedia untuk berkongsi foto terkini sekembali dari Tanah Suci. Bagaimanapun mengenangkan kepada komitmen dan kerjaya seni selepas ini membuatkan saya melakukannya juga demi kerjaya.

“Alhamdulillah saya menerima banyak komen positif mendoakan yang baik. Begitupun saya tidak mahu memikirkan komen pesimis yang dimuat naik pengikut di laman sosial,” katanya.

Lisa membuat kejutan kepada peminat apabila memuat naik gambarnya berhijab selepas menghadiri sidang media sebuah aplikasi sosial di ibu kota baru-baru ini.

Spekulasi mengenai penghijrahan pelakon popular itu mulai diperkatakan apabila teman artis Intan Ladyana memuat baik foto bersama Lisa yang sudah berhijab beberapa hari lalu.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Featured Mon, 4 Oct 2021

Anak Sulung 4 Tahun Positif Covid-19, Hafizul Kamal Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Hafizul Kamal dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19. Hafizul menerusi laman Instagram berkongsi berita itu kepada para pengikutnya. “Kami dua ketul positif Covid-19. Nak lepak gua. Alhamdulillah Sara dan Mieja negatif. “Raisya […]

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Featured Mon, 16 Jan 2023

Fasa Pertama ‘Konsert Journey To The Future’ Shila Amzah Jelajah 6 Lokasi

Wowwww! Bestnyaaaa! Korang berjaya beli tiket tak pagi tadi? 💃

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Featured Wed, 22 Mar 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Bakal ‘Menggila’ Di Konsert Jiwa Kacau!

Fuhhh cool gila! Jangan lupa dapatkan tiket Jumaat ini

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

“Rasa Azab Juga, Dulu 9 Bulan Boleh Nyanyi Kat Club Lagi…” – Berbeza Hamil Anak Perempuan, Tom Cepat Penat & Mengantuk

Fuh tapi Tom walaupun dah 6 bulan mengandung tetap aktif atas pentas Famili Duo 3 kan!

Events Mon, 4 Nov 2019

Along Cham Kesal Dilarang Lalu Red Carpet Ketika #ASK2019

Tapi Along tampak segak seperti Wak Doyok kan?