Hiburan By: Khairil Khusyairi November 14, 2023 @ 12:58pm

Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti Wings

Pelakon Beto Kusyairy dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak, semalam.

Menurut laporan Kosmo!, motosikal yang ditunggang bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu terjatuh selepas bergesel dengan motosikal lain yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.

Difahamkan dua peserta konvoi, termasuk Beto kini dirawat di Hospital Tapah.

“Seramai 60 peserta Solidariti Wings Motogang Society yang diketuai Awie bergerak dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sekitar pukul 4 petang semalam (Isnin).

“Mungkin keadaan jalan yang agak licin akibat hujan lebat sepanjang perjalanan antara faktor yang mengakibatkan kemalangan.

“Setakat ini kami difahamkan kedua-dua mereka okey dan menerima rawatan di Hospital Tapah,” katanya.

Kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ladang Bikam.

Dalam pada itu, pengurus vokalis Wings Datuk Awie, Shahrul Nizan Ramli berkata, Beto mengalami luka-luka ringan, manakala seorang lagi berdepan kecederaan agak teruk.

“Selepas selesai majlis dan solat hajat sekitar pukul 10 malam tadi, Awie bersama beberapa ahli konvoi lain singgah ke hospital melawat Beto dan seorang lagi komuniti motor Wings yang cedera.

“Kami harap semuanya baik-baik saja dan sebarang perkembangan akan kami maklumkan nanti,” katanya. 

Konvoi serta majlis doa selamat dan sembahyang hajat itu  adalah sebahagian daripada usaha menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Zionis.

Sumber: Kosmo! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Elak bercinta sesama artis, Amira pilih lelaki biasa

Amira, seboleh-bolehnya dia mahukan jejaka yang bukan dalam lapangan sama.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Cukur Kening Sewaktu Muda Ini Jawapan Noorkhiriah

Norkhiriah mendedahkan dia pernah mencukur kening ketika zaman muda dan mengakui …

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Selena Gomez Patah Hati Lagi…

Laporan mengenai Bieber mendapatkan banglo mewah berkenaan telah sampai ke pengetahuan bekas kekasihnya, Selena Gomez. Alahai Si Bieber ni pun…