Featured By: Salma Syahbuddin February 24, 2023 @ 2:04pm

Cerai Isteri Melalui Panggilan Telefon… IG Hafidz Roshdi Kena Serang, Netizen Amuk: “Lelaki Paling Tak Guna Tahun 2023!”

Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi akhirnya menemui titik noktah selepas dia bertindak menceraikan isterinya Nurul Shuhadah Mat Shukri dengan talak satu menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga pada Rabu.

Ekoran tindakannya itu, rata-rata warganet berasa kurang senang sehingga menyerang ruangan komen Instagram  pelakon itu dan melabelkan  Hafidz sebagai lelaki dayus dek kerana tindakannya sebelum ini yang menafikan kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Malah, terdapat segelintir yang menganggap tindakan Hafidz sebagai menganiaya anak dan isterinya.

Meskipun dilabel dengan gelaran dayus dan lelaki tidak berguna, aktor itu bagaimanapun dilihat masih mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tanggapan orang luar terhadapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Hafidz (@hafidz.roshdi)

 

Sebelum ini, adik kepada Nurul Shuhadah iaitu Sofia memaklumkan, keputusan perceraian diambil atas persetujuan kedua belah pihak.

Malah,  Shuhadah juga dilaporkan bakal memfailkan perceraiannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Mac depan yang juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

Terdahulu, Hafidz pernah menepis dakwaan kononnya dia mencurangi isteri dan menghantar mesej lucah yang menjijikkan menerusi temubualnya bersama Melodi pada 12 Februari lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:Lafaz Talak Satu Menerusi Panggilan Telefon, Adik Ipar Sahkan Hafidz Roshdi Cerai Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Mungkin Akan Memaafkan Tapi…” – Isteri Hafidz Roshdi Jawab Permohonan Maaf Athira Yuhada, Serah Semua Kepada Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:“Jodoh Kami Sampai Di Sini” – Enggan Ulas Isu Lebih Lanjut, Isteri Hafidz Roshdi Mohon Ruang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022

Isu Adegan Cium Elizabeth Tan, Jay Iswazir Tampil Buka Mulut

Dah lama berdiam, akhirnya Jay buka mulut

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Trending Hari Ini Thu, 30 Apr 2020
Trending Tue, 2 Aug 2022

“Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Ben Amir hampir buta selepas menimpa kemalangan.

Featured Thu, 20 Oct 2022

[VIDEO] “Muncung Sikit Lah…” – Siti Nurhaliza Dedah Cara Merajuk Dengan Suami

Biasalah kan perempuan, merajuk sikit tu perkara biasa

Drama Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Azharina Impi Trofi AJL-33

Siapa tahu kan tuah angka ke 33 tahun ini menyebelahi Nina tahun ini…