familuv By: Fadzlena Jafar May 20, 2020 @ 6:16pm

Contohi Agong dan Raja Permaisuri yang kerap berpegangan tangan

Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering kelihatan berpegangan tangan di khalayak ramai.

Sikap Seri Paduka berdua yang tidak kekok menunjukkan kemesraan di depan rakyat mendapat pujian ramai, malah kebanyakan warga siber menyanjung tinggi kemesraan yang ditunjukkan dan wajar dijadikan teladan kepada rakyat.

Kajian menunjukkan pasangan yang gemar berpegangan tangan bukan sahaja dapat membantu mengeratkan hubungan suami isteri, malah satu kajian yang dijalankan di Universiti Colorado membuktikan sikap itu mempunyai kuasa yang menakjubkan.

Kemesraan yang ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dipuji rakyat. (Gambar Instagram Raja Permaisuri Agong)

Menurut kajian yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Haifa itu, apabila pasangan berpegangan tangan, gelombang otak akan saling berhubungan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesakitan yang dirasai seseorang itu.

Ketua penyelidik bagi kajian itu, Dr Pavel Goldstein, berkata perbuatan yang mudah, tetapi penuh bermakna itu mempunyai kuasa untuk membantu meredakan kesakitan pasangan, selain menyalurkan emosi yang positif kepada seseorang itu.

“Beberapa kajian sebelum ini mendapati manusia boleh berhubungan menerusi sentuhan. Misalnya responden A yang berada dalam kesedihan diarahkan menyentuh responden B yang diletakkan dalam kubikel supaya tidak dapat melihat responden A.

“Hasil kajian itu mendapati responden B dapat meneka emosi responden A dengan tepat. Ini menunjukkan seseorang itu dapat menyalurkan emosinya kepada orang lain, sekali gus dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dialami,” katanya kepada Healthline.

Sentuhan boleh menyebabkan otak saling berhubungan, sekali gus boleh memberi ketenangan kepada dua individu. (Gambar hiasan/Beyond Today)

Kajian itu yang membabitkan 22 pasangan berumur antara 23 tahun hingga 32 tahun diminta untuk melakukan perbuatan yang sama dalam masa dua minit, iaitu duduk bersama tanpa bersentuhan, duduk bersama dengan berpegangan tangan dan duduk di dalam bilik berasingan.

Sepanjang kajian itu dijalankan, penyelidik memantau pergerakan gelombang otak kedua-dua responden menggunakan topi elektroensefalografi (EEG).

Dr Goldstein berkata, kajian itu mendapati sentuhan menyebabkan tahap kesakitan responden A menyamai tahap simpati pasangannya (responden B).

“Ketika pasangan itu duduk bersama, sama ada berpegangan tangan atau tidak, gelombang otak akan menjadi selaras dengan jarak gelombang yang sering dikaitkan dengan perhatian tertumpu.

“Bagaimanapun, jarak gelombang kedua-dua responden akan menjadi lebih selaras apabila mereka berpegangan tangan,” katanya.

Kajian mendapati perbuatan memegang tangan pesakit dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. (Gambar hiasan/Meridian Magazine)

Kajian itu adalah antara kajian terkini yang dijalankan bagi mempelajari fenomena yang dipanggil penyelarasan hubungan sesama manusia yang berlaku apabila manusia menjiwai emosi orang lain secara fisiologi dengan melihat pada pergerakan individu berkenaan.

Meskipun berpendapat lebih banyak kajian perlu dilakukan, Dr Goldstein berkata, kajian itu sedikit sebanyak membuktikan sentuhan yang ketara boleh memberi ketenangan kepada individu lain dan secara tidak langsung mengaktifkan bahagian pada otak yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit.

“Kita hidup dalam zaman yang unik apabila teknologi menjadi alat komunikasi yang penting dan kontak fizikal semakin berkurangan. Kajian ini menunjukkan kepentingan sentuhan dan keupayaan kontak fizikal dalam membantu menyelesaikan masalah seperti kesihatan mental.

“Berhubunglah dengan keluarga anda menerusi kaedah tradisional, amalkan untuk memeluk pasangan atau anak-anak terutama apabila mereka dalam kebimbangan atau berada dalam keadaan marah. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Aug 2019

Himpunan Merdeka Habib 2019 tampil motif antik

Sambutan istimewa bersempena nostalgia 61 tahun

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Wed, 26 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali ‘Shooting’, Mira Filzah Syukur Anak Tak “Cranky’ – “Good Boy Mama, Suka Senyum!”

Sukanya min tengok senyuman Amir ni! Manis sangat, saling tak tumpah wajah Mira ☺️ Lepas ni jadi pelakon cilik la Amir hihii

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Wed, 23 Aug 2023

Didakwa Tak Laku & Takut Hilang Job, Eyka Farhana Nafi Kahwin Senyap-Senyap -“Kalau Boleh Saya Nak Bagitahu Semua Orang!”

Betul tu buat apa nak kahwin senyap-senyap kalau boleh habaq kat orang ramai🤩🤩🤩

Featured Mon, 20 Feb 2023
familuv Fri, 13 Jul 2018

Elak Hubungan Dengan Ibu Bapa Menjadi Seperti Tahi Ayam, Aplikasi 5 Pendekatan Ini

Percanggahan ini boleh mendorong kepada perselisihan faham.

Featured Wed, 11 Jan 2023

Impian Bangku Sekolah Tercapai, Hannah Yeoh Berpeluang Jadi Penyampai Berita

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen. @hannahyeohmp Impian zaman muda saya semasa di sekolah #Hanayo #dream #astroarena ♬ […]