Featured By: Fadzlena Jafar May 7, 2020 @ 9:08pm

COVID-19: Malaysia dalam fasa pemantauan sebelum PKP dihentikan

Ketua Pengarah Kesihatan ketika sidang media harian perkembangan COVID-19 hari ini, seolah-olah memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selepas fasa empat PKP yang akan berakhir 12 Mei ini.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia belum lagi memasuki fasa strategi keluar  (exit strategy) meskipun ketika ini beberapa kelonggaran diberikan terutama dalam beberapa sektor ekonomi untuk mula beroperasi pada 4 Mei lalu.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini sedang memantau perkembangan penularan wabak COVID-19 di seluruh negara termasuk kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan PKP fasa empat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. (Gambar BERNAMA)

“Kita belum lagi memasuki fasa strategi keluar, sebaliknya apa yang kita laksanakan ketika ini hanya satu kelonggaran untuk memulakan beberapa sektor ekonomi, namun kawalan sempadan masih diperketat dan juga tindakan lain masih belum diambil.

“Walaupun Malaysia sudah memulakan beberapa tindakan berdasarkan enam kriteria dalam strategi keluar seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hakikatnya kita belum lagi masuk ke fasa berkenaan (strategi keluar),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai kebimbangan masyarakat terhadap PKP Bersyarat (PKPB) yang memberi kelonggaran dalam pelbagai sektor ekonomi dan juga aktiviti sosial.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Hari Pekerja pada 1 Mei 2020 mengumumkan pelaksanaan PKPB dengan memberi kelonggaran kepada hampir semua sektor ekonomi untuk mula beroperasi secara berhati-hati.

Bagaimanapun, beberapa Kerajaan Negeri seperti Sarawak, Sabah, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Kedah mengambil keputusan untuk meneruskan PKP tanpa berkompromi untuk membenarkan aktiviti perniagaan beroperasi.

Petugas KKM membuat bancian penduduk disekitar Chow Kit bagi mendapat maklumat data penduduk warganegara dan warga asing sepanjang PKPB. (Gambar NSTP/KHIS/HAZREEN MOHAMAD)

Dr Noor Hisham berkata, kejayaan menamatkan PKP bergantung pada kepatuhan rakyat terhadap PKP khususnya SOP yang ditetapkan KKM, justeru pihaknya akan memantau perkembangan kes jangkitan COVID-19 dengan lebih teliti.

“Kita masih dalam PKPB, justeru KKM akan memantau perkembangan keadaan semasa dalam tempoh dua minggu ini sama ada kita dapat mengawal penularan COVID-19 atau sebaliknya.

“Jika kita dapat mengawal (kes jangkitan baharu COVID-19) dengan baik iaitu masih dalam dua angka atau kes semakin menurun, mungkin kita akan buka lagi sektor ekonomi sedikit demi sedikit sebelum ambil tindakan membincangkan strategi keluar,” katanya.

Sementara itu, KKM melaporkan terdapat 74 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 4,776 kes (73.9 peratus).

 

Sehingga 7 Mei 2020, jam 12.00 tengah hari, terdapat 39 kes baharu yang dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes, justeru jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,584 kes.

Daripada 39 kes baharu yang dilaporkan itu, hanya  satu kes import dilaporkan, manakala 38 kes lagi adalah penularan tempatan termasuk lapan kes dikesan daripada kluster serta lokaliti PKP Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 19 kes positif COVID-19 sedang dirawat di ICU dan daripada jumlah itu sebanyak lapan kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan tiada kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 107 kes (1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Oct 2021

Hotel Terkemuka Di Langkawi Diarah Tutup Sementera Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19

Berikutan seramai 59 kakitangan dikesan positif COVID-19, sebuah hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup sementara. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, penularan jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang […]

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Semoga Bujang Selamanya” – Soo Wincci Tak Mahu Kahwin?

Alaaa kenapa Soo Wincci tak nak kahwin?

Featured Tue, 11 May 2021

Foto Menyayat Hati Pemuda Palestin Solat Ketika Serangan Israel Sentuh Hati Ramai

Seluruh dunia kini tertumpu kepada serangan Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid Al Aqsa dan kawasan kejiranan  Sheikh Jarrah  Baitul Maqdis  telah mengakibatkan ramai mangsa tercedera. Beberapa foto mulai tular di laman sosial menunjukkan […]

Featured Fri, 10 Mar 2023

Cinta Lama Berputik Kembali, Aisha Retno & Aziz Harun Bersatu Dalam ‘Jarak’

Sweet sangat dua orang ni tau! Sedap sangat lagu duet mereka berdua dalam Jarak 😘 Jangan lupa dengarkan

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] “Nak Ummi & Daddy” – Disoal Mahu Apa Di Syurga, Jawapan Anak Buat Shakilla Khoriri Terdiam

Alahai, bijaknya awak ni Ameena ☺️ Sebak pula, semoga dilindungi dan dipermudah segalanya ☺️🥰

Featured Tue, 17 Oct 2023

Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

Sedihnya! Datin sayang sangat dekat Puteri Sarah ni🤧🤧🤧