Hiburan By: Khairil Khusyairi October 10, 2023 @ 7:38pm

Dahlia Rizal Tak Rasa Dikongkong Imran Aqil Soal Pakaian – “Turban Tak Bagi, Kalau Bagi Pun Kena Tutup Dada & Leher”

Isteri kepada pelakon dan penyampai radio Imran Aqil, iaitu pempengaruh, Dahlia Rizal memaklumkan suaminya tidak pernah ‘mengongkong’ ataupun menyekat soal penampilannya.

Menurut Dahlia atau nama lengkapnya, Nur Dahlia Ahmad Rizal, biarpun tidak rasa dikongkong, Dahlia akui Imran ada mengawal pemakaiannya terutamanya gaya hijab yang dipakai.

“Most of the time…yes (kawal pemakaian tudung). Turban tak bagi, kalau bagi pun kena tutup dada dan leher. For now stail saya adalah ‘muslimah friendly’.

“Saya rasa disayangi. Tak kongkong. ‘I never felt dikongkong’ bila bab pakaian ke apa ke.

“Kalau dia minta saya pakai sesetengah pakaian ke apa ke, dia cuma cakap pakailah stokin ke, tutup dada ke. Macam tu je,” kongsi Dahlia dalam sebuah video.

Bagi Imran pula, dia menyifatkan itu adalah tanggungjawab yang perlu dititikberat dan dipikul olehnya selepas bergelar suami.

“Saya rasa ia tanggungjawab seorang suami. Selepas saja akad nikah, perasaan saya terhadap Dahlia ia lebih mencintai dia.

“Dan dalam waktu yang sama, perasaan cemburu itu akan ada juga. Maksudnya kalau ada kawan lelaki dia keluar bersama Dahlia dan rakan-rakan perempuan lain tanpa saya. Saya tak boleh.

“Mula kena jaga batas dan perbualan. Nasihat sebegitulah,” katanya.

Dalam pada itu, Imran juga tidak terburu-buru atau memaksa dalam menegur isteri dalam membuat perubahan terutama soal pemakaian.

“Bila jadi seorang suami ini, saya rasa kena jaga start daripada lafaz, sebab risau…bukan sebab dia tak mahu dengar cakap ke apa, kita tak mahu benda tak diingini berlaku.

“Saya baca banyak kisah-kisah rumah tangga. Bukan nak cakap saya baik tapi perkara itu buat saya paranoid sikitlah. Saya cuba tapi tak adalah saya kawal sangat.

“Saya juga dapat nasihat daripada orang agar jangan terlalu terburu-buru macam paksa pakai tudung labuh, tidak begitu. Kita slow-slow tegur,” ujarnya.

Untuk info, Dahlia dan Imran disatukan pada 9 September lalu di Melaka selepas setahun mengikat tali pertunangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap Budiman Imran Aqil Buka Hati Dahlia Rizal – “He Just Understood The Assignment Tanpa Saya Perlu Beri Hint”

Sumber: @ammxrhxlm_

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 May 2018

埃及图坦卡门墓墙后秘室「根本不存在」

埃及官方先前「90%确定」法老王图坦卡门著名的坟墓背后存在一个秘室;但最新研究显示,墓墙背后根本没有秘室!

Events Sun, 1 Sep 2019

陈昇火辣钢管舞尽显「顽童本色」!承诺会再来唱

「音乐顽童」陈昇出道30周年《华人公寓》巡回演唱会,从去年开始巡回,今年终于与马来西亚「住客」见面,这也是他首次正式在大马开唱……

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak

Katanya “Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal,”

Trending Mon, 13 Aug 2018

Gara-Gara ‘Fesyen Zaman Nenek Kau’, Nabila Huda Dan Netizen Berperang Mulut

Nabila menggayakan gaun berwarna hitam dengan belahan di bahagian kaki digayakan bersama skaf mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkan gayanya itu agak keterlaluan.

Trending Fri, 30 Nov 2018

3秒心理测验!第一眼看到什么动物…找到人格光明面

只要看看你「第一眼先看到哪个动物」,就可以测出你的主要人格啦!

Trending Mon, 18 Feb 2019