Katanya ada selebriti yang bakal bertanding untuk Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Terbaru ada ura-ura yang mengatakan penyanyi nombor satu Malaysia bakal bertanding untuk pilihan raya kecil ini
Timbulnya khabar angin ini apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik foto sedang berbasikal di kawasan sekitar empangan Semenyih.
Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata beliau yang terlibat secara langsung dalam proses pemilihan calon tidak menemui nama Siti Nurhaliza dalam senarai tersebut.
“Itu khabar angin sahaja kot, sebab saya terlibat dalam proses pemilihan calon dan nama dia (Siti) tidak timbul setakat ini dan tak tahulah kalau ada cadangan lepas ni.
“Jadi anggota Bersatu atau tidak, itu pun saya tidak pasti,” katanya.
Siti Nurhaliza menafikan mengenai isu calon menerusi status di akaun Instagramnya. Beliau hanya beriadah dengan mengayuh basikal di kawasan itu dan bukannya sebagai calon yang bertanding.
““30km. Dam Semenyih, Sungai Tekala. Bukan DUN Semenyih, saya bukan calon bertanding, saya cuma kayuh sahaja,” tulisnya.
Pasti ramai yang mengundi beliau jika beliau bertanding untuk kerusi PKR bukan?