Hiburan By: Khairil Khusyairi April 1, 2024 @ 2:49pm

Diva AA Menari Dangdut Punca Festival Raya Di Kedah Ditutup, Penganjur Mohon Maaf… Maklum Situasi Luar Jangkaan

Sebuah festival raya di Kedah terpaksa ditutup selepas diarahkan untuk tidak lagi beroperasi serta merta oleh kerajaan negeri.

Ia susulan tindakan selebriti versatil, Azwan Ali yang lebih mesra disapa Diva AA yang melakukan tarian dangdut di festival tersebut baru-baru ini.

Dalam pada itu, pihak penganjur dalam satu kenyataan di Facebook mengakui khilaf dan tampil membuat permohonan maaf berhubung isu tersebut.

Difahamkan, persembahan yang dilakukan Diva AA bersama beberapa orang lelaki lain di atas pentas adalah di luar jangkaan penganjur.

“Merujuk kepada video tular memaparkan Azwan Ali yang menari di atas pentas Fiesta Raya Baling 2024 baru-baru ini, pihak kami memohon sejuta kemaafan atas isu tersebut.

“Perkara tersebut berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentaas memandankgan Azwan Ali tiada dalam senarai jemputan rasmi program.

“Beliau hadir atas jemputan sahabat TikTokers beliau yang turut sama berniaga di festival tersebut,” tulis sebuah kenyataan.

Lebih panas, pihak penganjur juga turut menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob yang turut mengarahkan supaya festival tersebut ditutup.

“Dengan kejadian yang telah berlaku ini, pihak kami juga telah mendapat teguran keras daripada Adun Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan beliau telah mengarahkan agar Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung perkara yang telah berlaku.

“Oleh itu, kami dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut dan akur untuk menutup terus penganjuran festival ini,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan aksi Diva AA bersama beberapa orang lelaki menari dandut di atas pentas pada festival tersebut sehingga mendapat reaksi pelbagai pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Jul 2020
Events Tue, 14 Apr 2020
Featured Fri, 21 Oct 2022

“Anak Bertuah Orang Suruh Belajar, Dia Pergi Petik Taugeh” – Gelagat Comel Jebat Jayden Curi Tumpuan

Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering tular disebabkan telatahnya yang sering menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh Nabila di akaun TikTok. Dalam video tersebut, […]

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Trending Fri, 5 Oct 2018
Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Selepas Bekerja Keras, Mira Filzah…

Tidak dapat dinafikan tahun 2018-2019 adalah tahun-tahun yang sibuk untuk pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ke-32, Mira Filzah.  Namanya disebut-sebut kerana lakonan yang berkesan bagi drama-drama seperti Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan […]

Trending Tue, 10 Apr 2018

GE14 Date Announced! Time to Balik Kampung!

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah has just announced the dates!