Hiburan By: SGMS Enal July 12, 2019 @ 6:00pm

Ernie Berhasrat Membuat Rawatan Lasik

Penyanyi Ernie Zakri, berhasrat menjalani prosedur memperbetulkan penglihatan bagi mengatasi masalah rabun, sekali gus memudahkan urusan kerjaya dan harian.

Ernie, 27, berkata kebelakangan ini, dia kerap mengalami sakit kepala keterlaluan hingga menyukarkan dirinya memberi fokus kepada kerjaya, selain tidak lagi selesa mengenakan kanta lekap.

“Mungkin kerana peningkatan usia, saya cepat sakit kepala dan mata pula mudah merah apabila terlalu lama mengenakan kanta lekap.

“Sebagai penyanyi, penglihatan yang jelas penting, terutama memastikan penyampaian lirik yang betul, selain untuk berkomunikasi dengan peminat supaya persembahan lebih dirasai.

“Meskipun masalah rabun yang saya alami tidak terlalu teruk, bimbang juga jika dibiarkan akan memberi kesan. Memang saya mempunyai perancangan untuk menjalani rawatan LASIK, cuma masih mencari asa yang sesuai,” katanya.

Mengulas dirinya dikatakan sebagai pengganti Datuk Seri Siti Nurhaliza sekiranya lagu Anta Permana layak ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 34, Ernie yang ditemui pada acara fesyen Koleksi Musim Panas ALIKE 2020, enggan meletak harapan menggunung.

Baginya, selagi belum ada kata putus daripada komposer lagu itu iaitu Hael Husaini dan Ezra Kong, dia tidak berani memberikan kenyataan rasmi.

“Ramai lagi penyanyi hebat yang mampu menyanyikan lagu itu dengan baik, siapa saya berbanding mereka. Selagi belum ada kata putus, saya tidak berani memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Ada rezeki untuk menggalas tanggungjawab itu, saya terima dengan tangan terbuka. Namun, saya akui, tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan Tok Ti sebagai penyanyi asal lagu,” kata Ernie.

Kredit: Berita Harian Online.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 May 2022

Duet Shuib & Siti Nordiana Tular Di TikTok, Peminat Doakan Mereka ‘Berjodoh’

Ngam suara duet Siti Nordiana dengan Shuib, boleh buat lagu bersama nii

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Mon, 19 Dec 2022
Hiburan Sat, 21 Sep 2019

Tahniah…Zamani Dah Bergelar Suami!

Alhamdulillah…Akhirnya!

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

DID BTS’ SUGA REALLY ADMIT TO BEING GAY?!

A recent interview with BTS has allowed fans to understand each member better, especially Suga.

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018