Trending By: Ad Ops May 2, 2018 @ 7:31pm

Facebook Akan Lancarkan Servis Mencari Cinta Untuk Para Pengguna, Anda Berminat?

Lepas ini lagi lamalah masa yang anda akan habiskan dengan akaun Facebook anda. Malah, anda juga berpotensi untuk mencari cinta!

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifl laman media sosial tersebut, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa syarikatnya sedang merancang untuk melancarkan sebuah dating service melalui platform itu.

Tujuannya ialah bukan saja untuk membolehkan penggunanya yang berjuta-juta orang itu mencari cinta. Tapi ia juga untuk meningkatkan lagi jumlah masa penggunaan platform ini.

“Ada 200 juta pengguna Facebook yang berkata mereka single, jadi semestinya ada sesuatu yang kita boleh buat,” kata Mark di persidangan tahunan syarikatnya di California.

Foto: REUTERS/Stephen Lam

Sudah lama dirancang

Servis ini telah dirancang oleh Facebook sejak sedekad lalu. Tapi pada tahun 2016 barulah Mark pasti dengan keputusannya apabila beribu-ribu orang memberitahunya bahawa mereka telah berjaya mencari cinta melalui Facebook.

Dalam mencipta servis ini, Facebook mengutamakan privacy, sesuatu yang penting bagi golongan yang menggunakan dating service di laman web lain seperti Tinder dan OkCupid.

Sebuah prototaip telah dikongsi di persidangan itu, dan ia menunjukkan sebuah link berbentuk hati yang terletak di laman utama aplikasi Facebook seseorang itu.

Link tersebut akan membawa pengguna ke dating profilenya jika mereka telah tetapkannya.

Pengguna akan dipasangkan dengan “calon-calon” yang sesuai berdasarkan kriteria pilihan mereka, rakan-rakan yang mereka kongsi serta perkara yang mereka sama-sama suka.

“Servis ini adalah untuk mencari hubungan jangka panjang, bukan untuk saja-saja,” kata Mark tapi dia tak memberitahu bila sebenarnya ia akan dilancarkan. Apa yang kita tahu ialah ia akan dilancarkan tak lama lagi.

Jadi, anda excited tak untuk menggunakan servis ini? Ataupun anda lebih suka cara old-school?

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ‘Belajar’

Moga perkara ni dijadikan pengajaran untuk Hawa ye..

Featured Fri, 3 Feb 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022

Pihak Produksi Hanya Bayar Separuh, Ibu Wafariena Ambil Tindakan Undang-Undang

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik