Featured By: Fatin Nurain August 1, 2022 @ 9:30pm

Fahrin Ahmad Mahu Bakat Pelakon Berpengalaman Diketengahkan

Pelakon Fahrin Ahmad, tampil memberi pendapat pelakon berpengalaman sepertinya juga perlu diketengahkan oleh stesen televisyen (TV).

Menurut Fahrin, penampilan menerusi drama TV tidak seharusnya diperkecilkan dan dia percaya pelakon matang sepertinya masih mempunyai pengikut.

“Saya sudah lama beri pendapat perlu ada drama menampilkan barisan pelakon lebih matang.

“Sebabnya sekarang ini saya tengok ‘trend’ lebih terarah kepada anak-anak muda. Boleh lihat bakat muda menjayakan watak lebih matang dan seumpamanya,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Fahrin menyifatkan inisiatif drama Selamanya Suri Cinta yang menampilkan beberapa barisan pelakon matang seperti Siti Nordiana, Farahdhiya dan Sam Visa perlu disokong.

“Jadi, inisiatif menghasilkan drama seperti Selamanya Suri Cinta yang menampilkan pelakon matang seperti saya, Siti Nordiana, Farahdhiya dan Sham Visa sepatutnya disokong.

“Saya percaya pada zaman platform Over-The-Top (OTT), drama seperti ini tetap ada penonton. Ramai penonton berusia yang mahukan drama dibintangi pelakon berpengalaman,” katanya.

Sementara itu, pelakon popular itu turut luahkan rasa gembira selepas menerima sambutan positif menerusi drama 20 episod terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd itu.

Namun, ramai peminatnya meluahkan rasa kurang selesa melihat Fahrin menjayakan watak antagonis menerusi drama tersebut biarpun pelakon itu mengakui agak kekok untuk membawa watak itu.

“Saya membawakan watak antagonis, suami yang jahat. Saya cuba menjayakan dengan sebaik-baiknya walaupun ada yang memberi maklum balas nampak kelakar membawakan watak jahat.

“Saya mencuba memberi sisi lakonan terbaik dan harap boleh diterima. Alhamdulillah, ada juga yang boleh melihat sisi lain dalam lakonan saya,” katanya.

Selain itu, Fahrin juga sempat menyatakan dirinya kurang membawa watak antagonis kerana pernah dilarang oleh segelintir pihak untuk tidak melakonkan watak berkenaan.

“Sebelum ini, saya pernah menjayakan watak antagonis, tetapi terima maklum balas makcik-makcik meminta saya tidak melakonkan watak sedemikian.

“Jadi, saya bukanlah memilih watak dan sentiasa terbuka mencuba watak berbeza. Tetapi, saya selalu diberikan watak lain, bukan antagonis,” katanya.

Orang ramai boleh saksikan drama Selamanya Suri Cinta, setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam di TV9 atau atau strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Sep 2020

Arab Saudi Buka Sempadan 1 Januari 2021, Tempahan Umrah Boleh Dilakukan Mulai Sekarang

Berita terkini buat rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah..

Trending Wed, 27 Nov 2019

Secret Recipe Malaysia Came To The Rescue When A Malaysian Uncle Can Only Afford His Wife A Burger On Her Birthday

This is the sweetest thing we’ve ever seen and we really hope the wife had the birthday of her lifetime.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Featured Wed, 16 May 2018

Anda Dengar Perkataan “Laurel” Atau “Yanny” Dalam Video Yang Telah Viral Ini? Jom Undi

Ingat tak perbalahan di media sosial mengenai sehelai dress, sama ada ia berwarna biru atau putih? Samalah juga.

Trending Wed, 4 Jul 2018

‘Fikirkan Pengorbanan Ayah Saya…’ – Anak Perempuan Najib Razak

Yana Najib anak kepada bekas perdana menteri Malaysia telah memuatnaik pandangannya mengenai Najib Razak, menyeru rakyat Malaysia untuk mengenang jasanya……

LIFESTYLE Wed, 14 Feb 2018

INI MUNGKIN IDEA VALENTINE UNTUK SI DIA

Kami kongsikan serba sedikit idea untuk kamu berikan pada yang tersayang. Pastinya si dia tersenyum lebar sepanjang hari…

Featured Sat, 30 Oct 2021
Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.