Featured By: Khairil Khusyairi April 2, 2023 @ 4:18pm

Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Anak, Perjelas Cerita Aurora Trauma – “Diana Danielle Kena Jelaskan Betul-Betul Kepada…”

Kemelut rumah tangga pelakon Farid Kamil bersama isterinya Diana Dianelle semakin meruncing apabila aktor itu mendedahkan dia tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anaknya sebelum ini

Terkini, secara ekslusif di program Melodi TV3, Farid memaklumkan dia sudah berjumpa dengan anaknya, Muhammad, baru-baru ini.

Namun, Farid mendedahkan dia tidak dapat bertemu anaknya itu di rumah atas arahan peguam yang mewakili Diana.

“Sebagai seorang suami kita layaklah masuk dan berjumpa dengan anak, ambil barang-barang keperluan. Saya minta perintah mahkamah kalau tak boleh saya masuk dalam rumah, perintah mahkamah tidak benarkan untuk saya berjumpa dengan isteri saya.

“Alhamdulillah akhirnya jumpa jugalah anak saya walaupun hanya Muhammad, saya mengikut arahan peguam yang membenarkan saya datang ambil anak dan keperluan di rumah kelamin yang tertera di surat yang saya boleh masuk ambil anak-anak.

“Saya nak lihat sendiri adakah mereka masih tinggal sendiri di rumah ini, saya masih tertanya-tanya apakah sebab saya tak dapat jumpa mereka semua, sudah tentu saya kecewa.

“Saya datang tepat pada waktunya, saya dapat surat peguam, pihak sana kata saya tak dibenarkan jumpa anak di rumah, saya juga nak ambil barang dan nak jumpa dengan anak-anak saya,” katanya.

Menurut Farid lagi, dia difahamkan Aurora tidak mahu berjumpa dengannya atas alasan masih dalam keadaan masih trauma.

Malah, Farid mempersoalkan apakah perkara tersebut disebabkan insiden Aurora memetik cili tanpa kebenaran di rumah jiran.

“Bila saya dapat surat menyatakan hanya Muhammad saja boleh jumpa dan Aurora tidak bersedia jumpa kerana masih trauma dengan insiden ‘petik cili’. Apakah yang dimaksudkan petik cili?

“Anak saya Aurora trauma, kalau trauma fasal petik cili ini, saya rasa Diana kena jelaskan betul-betul kepada semua orang dan kalau saya nak cerita ia lebih kepada mengaibkan. Lebih baik saya tak bercakap.

“Insiden itu sangat ‘indigoes questionable’. ‘I will fight to the end’,” ujar Farid.

Farid turut menjelaskan perkara sebenar yang berlaku mengenai insiden tersebut.

“Untuk penjelasan, apa yang berlaku adalah Aurora masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran memetik pokok cili dan saya nampak.

“Sebagai ayah, saya cakap kat dia, ‘Aurora awak buat kerja salah, masuk rumah orang, ambil barang orang dikira mencuri, don’t do this’.

“Kemudian saya pun dendalah Aurora, saya cakap ‘Aurora nak kena rotan ataupun nak berdiri di dinding’, dan dia pilih pergi ke dinding. Jadi dia tak puas hati apa yang saya buat.

“Bagi saya di zaman 90-an, didikan agama yang ibu bapa saya beri, saya cuba terapkan pada anak saya, tapi nampak gaya tak mendapat persetujuan dari Diana yang tidak mengetahui kejadian sebenar,” jelasnya.

Farid menegaskan dia juga tidak pernah mengasari dan memukul anak-anak, termasuklah isterinya.

“Saya masih sayangkan keluarga saya walaupun kecil, dah 11 tahun kita bersama tapi saya tetap inginkan hak sebagai suami yang menegakkan hukum hakam Islam dalam rumah tangga.

“Saya tak pernah naik tangan, mengasari anak mahupun isteri, memukul isteri,” kata Farid.

Lebih mengejutkan, Farid mendakwa dia disekat untuk berhubung dengan Diana, sama ada melalui telefon mahupun media sosial.

Namun, Farid tetap bersyukur dapat berjumpa dengan anaknya, Muhammad.

“Sudah dekat 30 hari nombor telefon saya disekat, media sosial juga disekat.

“Jadi hari ini, sekurang-kurangnya saya jumpa dengan Muhammad pun dah cukup, saya rasa terhina sangat apabila dilakukan begini. Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Apa yang dosa besar yang saya buat?

“Tolong jelaskan dan janganlah bawa masalah kecil seperti petik cili ini ke mahkamah yang akan mengambil masa dan duit kita yang sangat banyak. Kita bukan orang senang. Kenapa benda kecil ini diperbesarkan tanpa sebab munasabah?

“Cukup-cukuplah kesengsaraan yang saya alami dari 2017. 2023 adalah tahun untuk kita kembali bersama, takkanlah nak ambil 2017 punya kecelakaan yang terjadi pada saya bawa ke sekarang.

“Apa yang berlaku di tanah suci Makkah terdahulu, dia memberi gambaran sebenar apa yang akan jadi di depan. Saya tak boleh terima benda itu, saya akan berjuang, sebab saya tahu ada anak-anak, mereka kekuatan saya,” dakwanya.

Di penghujung temu bual, Farid dengan rela hati memohon maaf secara terbuka kepada isterinya dan berharap keadaan akan baik-baik sahaja biarpun semaki meruncing.

“Pada Diana Danielle saya secara terbuka memohon maaf atas apa saja kesalahan yang saya buat, sampai harini saya masih lagi cuba pulihkan keadaan.

“Nampak gayanya, keadaan makin lama makin menekan, saya berharap awak bersabar. Percayalah cakap saya, semuanya akan baik-baiak sahaja.

“Aurora be strong okay. I love you so much, I will never hurt you, I really miss you so much. Kalau Aurora rindu sangat, telefonlah,” ujar Farid dalam keadaan sebak.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Rolls Royce Itu Hanya Kereta Pinjam Sahaja Bukan Hadiah

Dah keluar kenyataan ya yang itu bukan hadiah kahwin tapi pinjam sahaja kereta rolls royce untuk perkahwinan ini

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

G-Dragon’s Detailed Personal Info Leaked Online by ‘Fan’

It is extremely detailed that it’s so creepy. No wonder he needed privacy at the hospital.

Featured Wed, 25 Sep 2019

Pakai kosrset memudaratkan kesihatan? Ini jawapan Kevin Zahri!

Pakai korset beriya, makan tak dijaga macam nak kurus tu sis?

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

‘ Ecah Nak Jadi Penyanyi’- Zain Saidin Sanggup Labur Duit Demi Anak Tersayang!

Saya sering mengingatkan dia agar jika melakukan sesuatu, dia harus melakukan sebaik mungkin sehingga berjaya. Jangan buat kerja ala kadar!

familuv Wed, 28 Aug 2019
Featured Sun, 17 Oct 2021

“Salah, Saya Guna 4 Jin Jenis Vaksin”- KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima pelbagai reaksi daripada golongan antivaksin susulan kenyataan beliau yang menegaskan kerajaan akan menyusahkan kehidupan golongan antivaksin. Menerusi sosial media, golongan antivaksin dilihat melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang […]

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Sudi Terima Tawaran Berlakon Tapi Bersyarat

Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail, berkata dia berbesar hati menerima tawaran daripada pihak produksi This Is Pilah memandangkan wataknya di dalam filem ini dekat dengan dirinya sebenar.

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Yuna, Suga BTS Dan Epic High Disatukan Dalam Sleepless In

Yeay, Tak sabar nak dengar lagu Yuna X Epic High. Saranghae Unnie!