Hiburan By: Nurul Hana May 12, 2023 @ 11:47am

Floor 88 Bakal Buat Persembahan Maksimum Bersama Wali Band

Floor 88 tidak akan mensia-siakan Wali Band yang pernah mencetus fenomena dekad pertama 2000 semperna Dream Festival Collaboration Vol. 2.

Bermula dengan single Zalikha pada 2017, Floor 88 berharap, kolaborasi di pentas Zepp Kuala Lumpur pada 20 Mei ini bakal mencipta kenangan paling manis dalam sejarah perjalanan kerjaya muzik mereka.

Vokalisnya, Ayie berkata, lagu Wali Band sudah sebati di pendengaran mereka sejak bangku sekolah yang membuatkan Floor 88 teruja menanti detik yang sangat bermakna itu.

“Kami menganggap peluang ini sebagai penghormatan terbesar buat Floor 88 apabila dapat berkolaborasi dengan kumpulan popular dari negara jiran yang pernah mencipta fenomena tersendiri sedikit masa lalu.

“Floor 88 sangat teruja dapat berkongsi pentas dengan Wali Band kerana lagu mereka sering kami dengar sejak di alam persekolahan,” katanya.

Menurut Ayie, mereka berharap kolaborasi Floor 88 dan Wali Band di Dream Festival Collaboration Vol. 2 di Zepp Kuala Lumpur bakal mengimbau kenangan yang akan menghiburkan peminat kedua-dua kumpulan.

“Kami berharap konsert ini dapat mencipta kenangan terindah buat peminat, malah semua yang datang terhibur dengan persembahan Floor 88 serta Wali Band.

“Konsert ini sangat bermakna buat Floor 88 kerana julung kali kami dapat berkolaborasi dengan kumpulan dari negara jiran yang masih mempunyai pengaruh utuh dan berharap usaha ini mendapat sokongan semua peminat,” kata vokalis.

Demi memastikan mereka tampil maksimum pada konsert tersebut, Eric berkata, Floor 88 begitu menitikberatkan persediaan dari setiap sudut, termasuk persiapan fizikal dan mental, terutama aspek kesihatan.

“Paling utama, Ayie sebagai vokalis perlu mendapat mendapat rehat yang cukup supaya kualiti vokalnya terjaga. Untuk memberikan yang terbaik, Ayie perlukan tidur yang cukup supaya vokalnya tidak ‘koyak’.

“Jika dilihat, Ayie sangat aktif setiap kali beraksi di atas pentas dan karakternya itu antara yang menjadi kekuatan Floor 88. Kami juga sangat menitikberatkan penjagaan stamina kerana jika stamina kurang, ia akan menjejaskan kualiti persembahan Floor 88.

“Itu sangat penting kerana kepuasan peminat adalah keutamaan kami,” katanya yang mengakui sudah tidak sabar menanti kedatangan 20 Mei untuk beraksi bersama band yang mereka hormati dan kagumi..

Tiket untuk menyaksikan Dream Festival Collaboration Vol. 2 – Wali Band dan Floor 88 dijual pada harga RM198 (Festival), RM298 (Kategori 2), RM358 (Kategori 1) dan RM5,088 (VIP Box) boleh diperoleh menerusi laman: ticket2u.com.my.

Bagi ahli Dreamers Club Telegram, harga istimewa ditawarkan bagi sepasang tiket iaitu RM300 (Festival) menerusi Couple Package. Layari laman Instagram: @dreamfestworld dan ikuti beberapa langkah untuk mendaftar sebagai ahli kelab Dreamers bagi mendapatkan pelbagai promosi menarik serta perkembangan terkini acara anjuran DreamFest di Malaysia serta Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Jan 2019

Fazura Duet Dengan Suami Sekali Lagi Dalam Paling Sempurna

Alahai, sweet betul pasangan suami isteri ni…

Trending Tue, 21 Dec 2021

Pelamin Impian Uyaina Arshad & Raja Syahiran Musnah Kerana Banjir – “Memang Kami Alami Kerugian, Tapi…”

Hos dan pelakon cantik, Uyaina Arshad mendedahkan pelamin yang sepatutnya digunakan untuk majlis pernikahannya musnah kerana banjir. Selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran pada jam 9.03 pagi tadi, pengacara program Wanita Hari Ini turut terkesan […]

Featured Wed, 3 Aug 2022

7 Video Lucah Individu Mirip Vokalis Lelaki Popular Tersebar, Rakam Aksi S*ks Melampau!

Nohhhhh ghisau! Biar betul ni? Agak-agak siapa eh? 👀

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Riz Amin Jadi ‘Mangsa’ Polis Evo 2 Yang Seterusnya.

Selepas Zizan Razak kali ini giliran Riz Amin pula mengalami kecederaan dalam sesi penggambaran tersebut

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Penampilan Baru Fouziah Ghous Dapat Pujian Netizen

Menerusi laman Instagram suaminya, @zhafyusof, sekeping gambar yang memperlihatkan penampilan wajah pelakon itu dengan hijab.

Featured Fri, 28 May 2021

Penderitaan Gadis Jadi Pemuas Nafsu Bapa Sejak Berusia 6 Tahun

Seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner […]

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Teruja Curah Idea Untuk Muzik Muzik Raya

Tambah Noraniza, dia percaya penonton bakal terhibur dan memahami keunikan irama tradisional apabila diangkat program hiburan popular seperti MM33.