LIFESTYLE By: SGMS Enal January 7, 2020 @ 12:09pm

Gajet Bukan “Babysitter” Buat Kanak-Kanak

Teknologi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Namun, adakah perkembangan itu beri manfaat kepada anak-anak anda? Beberapa tahun lalu, di mana kebanyakan rumah mengupah penjaga dalam pembesaran anak-anak, menggantikan ibu bapa yang sibuk bekerja, tetapi kini boleh dilihat seolah-olah gajet sudah mula mengambil alih tugas tersebut.

 

Secara umumnya, teknologi kerap diperbaharui untuk kebaikan manusia jika kita manfaatkan dengan cara yang betul. Kesedaran ibu bapa tentang hal ini kurang diambil peduli hanya kerana ingin memudahkan mereka mengawal tingkah laku anak-anak di dalam mahupun luar rumah. Penerapan teknologi kepada anak-anak kecil tidak boleh dipandang remeh dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Hal ini disebabkan kesilapan di peringkat awal yang menerapkan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak, kini menjadi sukar dalam proses pembetulan semula. Ada golongan ibu bapa yang merasakan pendedahan gajet di usia muda ini bagus dan membantu anak-anak menjadi lebih pintar. Apakah benar mereka lebih pintar? Atau hanya sekadar nak bagi mereka ralit saja?

Pada dasarnya kelihatan begitu sebab kanak-kanak dikatakan dapat mempelajari dan memahami penggunaan gajet dengan cepat. Mereka juga dapat mengenal pasti fungsi aplikasi dan kekunci yang terdapat pada gajet. Namun, ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun yang dibiarkan begitu lama terdedah dengan gajet ini akan mengalami kesan negatif yang menggangu perkembangan bahasa, cara membaca serta ingatan memori mereka.

Secara tidak langsung, kesannya juga akan menggangu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Peringkat awal tumbesaran mereka ini sangat penting dan harus diberikan perhatian. Pada jangka masa ini kanak-kanak harus diajar membentuk tingkah laku dan membina keyakinan diri.

Perkembangan anak-anak boleh dilihat daripada aktifnya mereka berinteraksi dengan ibu bapa atau penjaga dan juga sebanyak mana mereka melihat interaksi itu berlaku. Semakin kurang perbualan anak-anak dan ibu bapa, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru. Semakin kurang jugalah perkara berfaedah diserap ke otak mereka. Antara sebab ramai anak lambat bercakap juga adalah kerana kurangnya perbualan.

Otak kanak-kanak perlu disuap dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Apa yang dipaparkan dan ditunjukkan kepada mereka, begitulah cara menggambarkan perkembangan pemikiran itu berlangsung.

Bukanlah nak mempertikaikan teknik ibu bapa dalam hal perkembangan anak-anak ini, tetapi jauh lebih banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu rangsangan positif pada minda mereka. Tidak salah untuk mendapat pendedahan daripada gajet, cuma jangan menyalahgunakan teknologi ini sahaja. Kanak-kanak masih kecil, mereka hanya menurut kata-kata orang dewasa.

 

Jangan amalkan kebiasaan untuk jadikan gajet sebagai “babysitter” kepada anak-anak anda. Lebih baik jika mereka kerap didedahkan kepada buku ataupun banyakan komunikasi dan interaksi bersama ibu bapa.

 

Sumber: Awal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 18 May 2019

You Can Now Use Your Touch ‘n Go eWallet to Pay at KFC

TNG Digital Sdn Bhd announced a strategic partnership with the country’s biggest quick service restaurant chain, KFC Malaysia. Customers can now make QR-payments across all KFC restaurants nationwide using Touch ‘n Go eWallet. Syahrunizam Samsudin, […]

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

Khasiat Buah Ciku

Khasiat buah ciku ada yang kata ubat untuk sembelit mahupun cirit birit. Ada lagi khasiat yang lain ya

LIFESTYLE Thu, 23 May 2019

Here’s How You Can Fuse Your Personality into the Design of Your House

Because we all want our surroundings to be as comfortable for ourselves as possible.

LIFESTYLE Mon, 5 Nov 2018

5 Manfaat Hebat Aloe Vera Untuk Penjagaan Kecantikan dan Kesihatan

Aloe vera memang cukup terkenal sebagai ‘miracle plant’ atau tumbuhan ajaib

LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Hampas Kelapa Bantu Dalam Kesihatan?

Saat santan kelapa yang di peras atau lebih dikenali hampas pun miliki manfaatnya tersendiri.

LIFESTYLE Wed, 24 Jul 2019

Mandi Malam Boleh Jadi Punca Paru-Paru Berair ?

Mitos dulu melarang mandi pada waktu malam kerana tandasnya diluar dan takut berlaku bahaya

Fab Foodies! Sat, 11 May 2019

轻熟男注意「这五类饮食」让你更快变秃子

掉发危机是现代人面临的问题之一,随着年纪增长,很多男性因为遗传因素,发线愈来愈高,加上生活压力加速劣化,最终「失守」变成秃头……

LIFESTYLE Sat, 7 Sep 2019

Beza Jemur Kain Guna Matahari Dengan Mesin Pengering?

Pilihlah yang mana asalkan ianya selesa dan kering sepenuhnya