#tilljannah By: Fatin Nurain October 26, 2022 @ 12:31pm

Gelagat Adam Lee Menyanyi Untuk Sweet Qismina Buat Warganet Cair – “Sukanya Tengok Depa”

Gelagat pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina kini sudah menjadi perhatian dan bualan warganet selepas mereka bergelar suami isteri, Isnin lalu.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana Adam telah menyanyikan lagu Akad, nyanyian asal Payung Teduh ketika di majlis ulang tahun kelahiran isterinya, Sweet yang disambut secara kecil-kecilan bersama keluarga dan rakan rapat.

@mnhuda78 Her reaction 🤣 #TerciptaALSQ #weddingreception #RERAMAPLANNERANDCOORDINATOR ♬ original sound – MNHuda

Majlis tersebut telah diadakan di Boathouse, Ampang yang juga merupakan lokasi dan hari yang sama mereka diijab qabulkan.

Menerusi video yang berdurasi itu satu minit 11 saat itu juga, Sweet kelihatan sangat terharu dan gembira dengan gelagat suaminya itu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet cair dan terpaku melihat kebahagian yang terpancar di wajah kedua-dua pasangan mempelai.

Malah, mereka turut mendoakan agar pasangan pengantin baru itu berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.

 

 

Terdahulu, Adam dan Sweet telah mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022 sempena tarikh lahir pengantin perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee & Sweet Qismina Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz! Pilih Mas Kahwin RM2,410.97 Kerana….

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Maldives Atau Eropah Sebagai Lokasi Honeymoon, Sweet Qismina & Adam Lee Tangguh Bulan Madu Gara-Gara….

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Dec 2019

Solekan tampak semula jadi dengan Tinted Cover Nudestix

Tampil dengan 14 rona bedak asas cecair

Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Featured Thu, 14 Apr 2022
Trending Mon, 17 May 2021

Jangan Panik! Pertahanan Siber Negara Masih Selamat – ATM

Semoga negara kita sentiasa dilindungi

Events Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Lagu “Police Entry” Tuju Untuk Lelaki Penipu?

Penyanyi ini pernah bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan hubungan mereka putus di tengah jalan angkara orang ketiga.  

Hiburan Thu, 25 Aug 2022