TECH By: Rosli Ab Rahman January 2, 2018 @ 2:22pm

Google Chrome – Browser Internet Terbaik 2016

 

Setiap browser mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Hari ini kami ingin diceritakan tentang Google Chrome.

Google Chrome adalah browser milik Google. Menurut statistik terkini, Chrome telah berjaya menumpaskan Internet Explorer sebagai browser yang paling banyak digunakan di dunia. Ini adalah satu tamparan hebat buat Microsoft.

8 aspek yang menjadikan Chrome istimewa.

1 Installation

Chrome boleh digunakan di pelbagai platform seperti Mac OS X, Linux, Windows. Fleksibiliti ini menjadikan Chrome disenangi oleh ramai pengguna. Selain itu, Chrome menyediakan fungsi integrasi dengan akaun Google.

2. Interface

Google diketahui umum sebagai sebuah syarikat yang mementingkan simplisiti. Apabila kita membuka enjin pencari Google, kita dapat melihat perbezaan antara Google vs Yahoo. Demikian juga untuk browser Chrome. Konsepnya adalah simplisiti dan mudah dilayari. Tidak kompleks.

3. Search Box

Apabila menggunakan Chrome, kita boleh membuat carian secara automatik dengan memasukkan carian pada kotak alamat. Fungsi ini dikenali sebagai Omnibox. Berbeza dengan Firefox, kotak alamat tidak berfungsi sebagai kotak carian.

4. Tabtastic

Kelebihan Chrome adalah fleksibiliti tab yang pelbagai. Apabila kita tarik keluar tab, tab yang ditarik itu akan muncul dalam paparan baru. Kemudian apabila kita tarik masuk, tab itu akan masuk kembali bersama tab lain. Begitu juga apabila kita ingin menyusun tab, hanya perlu tarik dan pindah sahaja.

5. Sokongan Flash dan PDF

Ini adalah fungsi yang tidak disedari ramai orang. Fungsi ini menyenangkan semua pihak. Chrome mempunyai sokongan flash dan pdf. Jadi kita tidak perlu install plug-in tambahan. Fungsi ini dituruti oleh Microsoft Edge dan Opera.

6. Extensions

Seandainya kita ingin menambah fungsi-fungsi tertentu pada Chrome seperti fungsi ‘print-screen’, kita boleh menambah extension. Terdapat ribuan extension dari pelbagai kategori. Extension yang paling diminati oleh pengguna adalah Ad Blocker.

7. Prestasi

Kelemahan utama Chrome mengikut maklum balas pengguna adalah penggunaan RAM yang tinggi. Kesannya kita tidak boleh melakukan multitasking. Andai diteruskan, PC atau laptop berpotensi untuk hang.

8. Sekuriti

Bercakap soal ini, Chrome boleh dikatakan selamat. Tahap sekuritinya sentiasa dikemaskini dan ditambah baik. Apabila Chrome mendapati kita akan melayari website yang berbahaya, Chrome akan memberikan amaran.

Kesimpulan Browser Terbaik

Chrome antara menjadi pilihan pengguna biarpun RAM yang digunakan agak tinggi. Selain itu, antara pilihan yang membuatkan pengguna sukakan Chrome, kerana kemudahan dan fleksibiliti yang ditawarkan. Lagi satu ialah fungsi integrasi dengan akaun Google.

Anda bagaimana? Apakah browser pilihan anda? Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Torch?

 

Sumber : monaliza.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 1 Sep 2018

Facebook新功能开放用户靠影音赚钱了!

经一年在美国市场推出后,Facebook宣布旗下影音服务Facebook Watch正式在全球推出!

TECH Mon, 23 Jul 2018

Promosi Streamxy Terbaru Dengan Kelajuan 4Mbps Dan 8 Mbps Mula Kelihatan

Bermula dari pertengahan Julai yang lalu, TM telah mengumumkan sejumlah penawaran serta naik taraf kepada pelanggan baru dan juga lama. Beberapa hari lepas pula, kelihatan satu penawaran baru untuk perkhidmatan Streamyx dimana promosi jalur lebar […]

Automobile Thu, 14 Mar 2019

女人不是三宝!男性车祸机率高过女

别再笑女人不会开车,英统计显示男驾驶比女性更容易出事。

Automobile Wed, 31 Jan 2018

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher secara tidak di rancang

Automobile Tue, 24 Dec 2019
TECH Thu, 15 Mar 2018

Cara Untuk Mengubah Latar Belakang Gambar Menggunakan Photoshop

Ramai yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk mengubah latar belakang gambar dengan menggunakan aplikasi Photoshop.

TECH Sat, 25 Jan 2020

Cara Mengukur aras ketinggian Menggunakan iPhone

Kepada anda yang memerlukan maklumat tentang ketinggian berdasarkan aras laut, berikut kami kongsikan cara untuk mengukur aras ketinggian menggunakan peranti iphone. Pertama sekali pasang aplikasi My Altitude pada peranti iPhone. Sekiranya anda menggunakan iphone 7 dan keatas […]

TECH Wed, 16 May 2018

居家伙伴新选择?波士顿动力机器狗SpotMini明年开卖

你还认为机器狗只是一般玩具吗?波士顿动力公司所研发的机器狗 SpotMini,可以穿梭于各种障碍,还可以成为生活小帮手喔!

TECH Mon, 11 Nov 2019
LIFESTYLE Wed, 15 Jan 2020

Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

Ubah Sistem Elektrik Macam Rumah ‘Iron Man’, Lelaki Ini Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara