Acara By: Ad Ops November 17, 2018 @ 1:00pm

HABIB Raikan Ulangtahun Ke-60 Dengan Melancarkan Pameran Barang Kemas Berinspirasikan Warisan Malaysia

Bila cakap mengenai jenama barang kemas, anda mesti teringat pada HABIB, kan? Ini adalah kerana jenama tempatan ini telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Walau bagaimanapun, ia tak pernah melupakan asal usulnya dan sering menggunakan identiti Malaysia sebagai inspirasi bagi reka bentuk barangan yang dikeluarkan.

Dan sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-60, HABIB telah melancarkan sebuah pameran khas di mana barang kemas yang ditonjolkan semuanya berinspirasikan warisan budaya Malaysia.

Foto: HABIB

Dinamakan sebagai “Heritage Journey”, pameran ini juga menampilkan koleksi barang kemas antik yang terbesar di negara ini.

“Setiap butir barang kemas ini mempunyai kisah emosi tersendiri di sebaliknya, dan kami mengajak pengunjung untuk menerokai sejarah dan nilai-nilai murni yang membantu dalam penghasilan karya barangan HABIB,” kata Pengarah Urusan HABIB Group, Datuk Sri Meer Sadik Habib.

Foto: HABIB

Walau bagaimanapun, Heritage Journey bukan saja diadakan untuk meraikan waktu istimewa bagi jenama barang kemas dan permata terkemuka Malaysia ini.

Ia juga bertujuan bagi membawa pengunjung untuk mengikuti sebuah journey warisan yang melakarkan permulaan kisah hidup Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif.

Foto: The Peak Malaysia

Beliau telah membuka bisnes ini pada tahun 1958 di sebuah kedai barang kemas kecil di Pitt Street, Pulau Pinang.

Pada hari ini, kedai dua tingkat yang dihiasi dengan reka bentuk seni bina Jawi Peranakan itu masih berdiri kukuh sebagai penghormatan kepada insan istimewa di sebalik nama jenama HABIB ini.

Tingkat atasnya telah diubahsaui khas untuk menjadi galeri warisan HABIB yang menampilkan lebih daripada 1,000 jenis barang kemas indah yang lama, iaitu sejak 100 tahun lalu.

Foto: HABIB

Meer berkata bahawa ayahnya, yang telah meninggal dunia April lalu, mempunyai pelbagai idea yang bukan konvensional. Beliau telah membuktikan yang apa saja boleh dicapai dengan kerja keras dan keazaman.

“HABIB, yang telah dia bangunkan daripada kosong 60 tahun lalu, kini sudah berkembang untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah bisnes barang kemas.

“Saya berharap legasinya akan diteruskan apabila kami tunaikan janji untuk menawarkan ‘hadiah kegembiraan’ bagi banyak lagi dekad yang akan datang.”

Foto: HABIB

Foto: HABIB

Bagi anda yang tak sempat meninjau pameran Heritage Journey yang telah diadakan di The Curve pada awal bulan ini, jangan risau!

Ia akan dibawa pula ke IOI City Mall, Putrajaya untuk tantapan pengunjung dari 24 November hingga 2 Disember ini. Jangan tak pergi ya sebab ia pasti menjanjikan satu perasaan yang sukar digambarkan!

Foto: HABIB

Foto: HABIB

Foto: HABIB

Foto: HABIB

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Tue, 6 Apr 2021

“Setelah Digantung Tanpa Bertali, Akhirnya Saya Bercerai” – Nadia Brian

Perkahwinan pelakon, Nadia Brian 31 tahun dan suaminya Muizz Nasruddin berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerusi Instagram memberi kenyataan mengenai penceraian […]

Featured Sat, 16 Oct 2021
Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Didakwa Sengaja Tayang Aset, Fiza Halim Tampil Bersuara – “Dah Lali Kena Kecam, Lebih Bersemangat!”

What doesn’t kill you makes you stronger bak kata Kelly Clarkson 🤪🤣😌

Featured Tue, 18 Apr 2023
Acara Tue, 23 Jan 2018

Sheila On 7- Live In Kuala Lumpur 2018

Band popular dari Indonesia Sheila On 7, bakal beraksi kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.