Hiburan By: SGMS Faida February 5, 2019 @ 6:14pm

Hael Husaini Akui Lagu Di Matamu Kuat

Biarpun lagu nyanyiannya Haram bergelar Juara Lagu 2018 baru-baru ini, penyanyi Hael tidak ralat apabila lagu lain yang lebih mendapat perhatian.

Akui Hael, lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi memiliki kekuatan tersendiri.

“ Lagu itu punya kekuatan tersendiri sehingga membuatkan ramai peminat yang terkesan dengan persembahan Sufian.

“ Lagu lain yang bertanding juga sangat kuat. Mungkin tahun ini, rezeki berpihak kepada Haram,” katanya kepada Harian Metro.

Lagu Di Matamu mendapat perhatian luar biasa sejak Ahad lalu selepas persembahan Sufian Suhaimi di pentas AJL membuatkan sebilangan besar sebak.

Ini susulan konsep persembahannya yang dikaitkan dengan kisah percintaan lalu yang terkandas di tengah jalan.

Sementara itu, lagu Haram ciptaan Hael dan Ezra Kong yang dinyanyikan secara duet oleh Hael dan Dayang Nurfaizah muncul sebagai juara AJL33, Ahad lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu.

Hiburan Sat, 11 Feb 2023
Featured Tue, 18 Apr 2023

“Jangan Sibuk Jaga Tepi Kain Orang!” – Anak Azhar Sulaiman Mengaku Tak Liar, Pilih Lelaki Melayu Berbanding Mat Salih Sebagai Teman Hidup

Pempengaruh media sosial popular yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mengaku kehidupannya sering menjadi perhatian masyarakat walaupun dia kini sedang sibuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Menurut Leona, kehidupannya di luar […]