Featured By: Maya Basir January 17, 2023 @ 5:51pm

Hana Azraa Buat Laporan Polis Terhadap PU Abu & Isteri – “Nafkah Anak Ikut Suka Hati Dia Je…”

Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Hana Azraa bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah atas sebab diganggu bekas suami.

Memetik laporan mStar, Hana atau nama sebenar Nurhanah Azra Mohd Zakir turut membuat laporan terhadap isteri pertama Abu iaitu Ain Afini dan meminta untuk tidak masuk campur urusannya.

“Saya tidak boleh ceritakan secara terperinci tentang laporan berkenaan, tetapi apa yang boleh dikatakan laporan pertama adalah meminta Ain tidak masuk campur kerana semua perkongsian saya di media sosial adalah berkaitan saya dan Abu.

“Dalam masa sama, saya juga membuat laporan supaya Abu berhenti menganggu saya,” katanya.

Menurut Hana, dia pernah bertemu Abu bagi menyelesaikan segala masalah namun masih tidak menemui jalan penyelesaian apabila pendakwah itu masih berharap untuk kembali bersama.

Tambahnya lagi, dia mendakwa bekas suami tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan jarang bertanya khabar tentang anak mereka iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia tiga tahun.

“Bukannya kami tidak pernah duduk berbincang. Malah pernah menggunakan orang tengah seperti keluarga sendiri. Hasilnya sama sahaja. Masalah tidak akan selesai kalau dia masih utamakan perasaan mahu saya kembali.

“Soal nafkah pun ikut mood dia. Kalau dia nak dia akan beri. Ikut suka hati dia sahaja. Sebab itu apa yang saya buat sekarang adalah untuk memperjuangkan hak Mateen. Itu adalah anak dia,” jelasnya.

Dalam masa sama, Hana turut meminta Abu memberi kerjasama dan segera menyelesaikan kes penceraian mereka di mahkamah.

“Lafaz cerai di luar mahkamah memang sudah buat cuma belum dapat pengesahan mahkamah. Susah hendak berurusan sebab dia jarang berada di Malaysia. Saya harap dia boleh beri kerjasama baik.

“Tak mungkin untuk saya kembali sebagai isteri Abu. Saya bahagia sekarang ini dan tidak mahu terlibat dengan kehidupan yang pernah dilalui sebelum ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Abu dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan berpisah setahun kemudian.

Abu pernah menceraikan isteri pertama, Ain ketika sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan rujuk semula selepas dua minggu berkahwin dengan Hana.

Hasil perkahwinan dengan Ain pada 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar dan Muhammad Aryan ‘Afi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 26 Jun 2023
Featured Sun, 26 Jun 2022

“Dia Sebutir Permata, Tak Mahu Nama Digugurkan..’ – Tetap Hadir Penggambaran Selepas Jalani Pembedahan, Pengarah Kongsi Naskah Terakhir Adibah Noor

Maka benarlah, engkau Terlalu Istimewa. Kasih dan sayangmu terpancar, seikhlas, tiada batasan terus membara..

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

Henry得奖暗念SHINee钟铉:人生既短又郁闷

Super Junior-M成员Henry刘宪华在昨晚《MBC演艺大赏》中以《我独自生活》,与《无限挑战》的梁世炯一同得到综艺赏优秀赏。当中Henry刘宪华因为同门的SHINee钟铉离世一事,而在得奖感言时别有一番感受,更与其他SM家族成员一样,戴上了「R.I.P JH」的黑丝带去悼念钟铉(JongHyun)。

Hiburan Wed, 10 Jan 2024