Hiburan By: SGMS Faida September 10, 2019 @ 12:43pm

Haram Atau Tidak…Che Ta Aju Soalan Kepada Pendakwah Terkenal Tentang Bulu Mata Palsu

Penggunaan eyelash extension kini menjadi fenomena terutama di kalangan wanita muda masa kini.

Disebabkan kesibukan dan kekangan masa di pejabat, lebih ramai wanita memilih untuk memasang bulu mata palsu. Bukan apa, lebih cepat untuk ke pejabat tanpa perlu meletakkan mascara.

Namun begitu, ramai yang tertanya sama ada penggunaan bulu mata palsu ini dibolehkan atau sebaliknya bagi yang beragama Islam.

Menurut Pencetus Ummah, PU Azman membuat sebuah perkongsian mengenai eyelash extension dari sudut agama Islam. 

“Eyelash extension dan bulu mata palsu dilihat haram kerana ada unsur melampau. Ada unsur penipuan. Si pemakai nak orang lain tahu tu bulu mata dia, padahal bukan. Kalau si pemakai tak niat macam tu pun tetap haram kerana orang lain ingat itu bulu mata asli dia, maka ada unsur penipuan.

“Haram kerana ada gam di atas kulit maka menghalang air wuduk dan mandi wajib. Kalau takda gam pun ia tetap haram kerana unsur penipuan.

“Haram kalau memudaratkan kesihatan bagi kes-kes tertentu. Kalau tak mudaratkan kesihatan pun ia boleh jadi haram kerana ada unsur penipuan. Haram kerana mengubah ciptaan Allah,” tulisnya di Instagram.

Tambahnya, wanita seharusnya bersyukur dengan setiap ciptaan dan kurniaan Allah SWT. 

Namun begitu, penggunaan bulu mata palsu diharuskan sekiranya ia bertujuan untuk menutup aib. 

“Ia boleh menjadi harus kalau untuk menutup aib iaitu bagi orang yang tiada bulu mata dan tujuan untuk kelihatan cantik depan suami dan tidak menghalang air, tidak najis dan tak rosakkan kesihatan. Eyelash extension tiada kena mengena dengan plug extension,” tambahnya.

Sementara itu, pelakon yang terkenal dengan imej berbulu mata, Rozita Che Wan turut meninggalkan soalan di ruangan komen pendakwah terkenal itu.

“Kalau orang dah tahu yang tu bulu mata palsu, macam mana?,” soalnya ringkas. 

Dalam masa sama, rata-rata pengikut PU Azman turut mengutarakan soalan yang sama. Boleh ke?

Jawab PU Azman, “Ia termasuk pula dalam kategori perhiasan melampau. Tapi pakai dalam rumah untuk suami dapat pahala Kak Bedah,” jawabnya.

Untuk si pemakai bulu mata palsu, apapun, tepuk dada tanyalah selera masing-masing ya! Jangan cakap PU Azman tak pesan pula.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Apr 2022

‘April Fool’ Tarikh Rasmi Dr Soo Wincci Dilantik Sebagai Profesor Madya

Penyanyi Dr Soo Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia yang pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik. Pelantikan tersebut melayakkan Wincci mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu. […]

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Selebriti Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

#AnggunLife : Kenapa Ezzaty Abdullah Takut Hantar Anak Ke Pusat Pengasuh?

Siapa tak sayang anak sendiri kan? Pasti semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk si anak.

Hiburan Thu, 4 Apr 2024

“One Day Ruhainies Akan Rasa Apa Yang Saya Rasa” – Bella Astillah

Kifarah Allah itu pasti.. jadi berbuat baiklah

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Nabil Mahir Tak Bagi ‘Ikat Peranakan’, Ayda Jebat Menangis Gara-Gara…

Min pun terharu dengar.. Sangat tak pentingkan diri suami Ayda ni