Hiburan By: Maya Basir May 29, 2022 @ 4:43pm

“Janda Makcik Tak Nak! Kalau Jodoh Tetap Makcik Tak Nak!” – Ibu Wak Doyok Mahu Menantu Anak Dara

Usahawan dan pelakon, Wak Doyok juga tidak terlepas dengan soalan mengenai jodoh memandangkan usianya sudah mencecah 43 tahun.

Baru-baru ini, ibunya menjadi ‘viral’ apabila menjawab secara spontan ketika ditanya mengenai menantu pilihan.

Menerusi satu video TikTok yang dikongsi oleh Majalah Nona, ibunya menyatakan hasrat tidak mahu wanita yang berstatus janda.

“Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh tetap makcik tak nak!” kata ibu Wak Doyok.

Namun jawapan ibunya tersebut disambut dengan gelak ketawa dan kemudian membalas jika ditakdirkan berjodoh dengan wanita berstatus janda, agak sukar nanti.

“Saya nak kahwin ke dia nak kahwin.. Tapi susah lah kan.. Kalau dah jodoh kita tak tahu kan,” katanya.

@majalahnona Wak Doyok anak manja rupanya! Sayang betul si emak walaupun usia Wak dah 42 tahun. Tapi berkatnya harta @wakdoyok8055 sebab bahagiakan emak, tengoklah banglo mewah gaya vintaj ni, macam muzium Inggeris! #fyp #foryou #fypシ #fypmalaysia #fashion #mother #wakdoyok #gayadirumah ♬ original sound – NONA

Di dalam temubual yang santai itu, ibunya mendedahkan pernah mencarikan jodoh buat Wak Doyok.

“Dulu ada, dia tak nak,” kata ibunya ringkas.

Sebelum ini, Wak Doyok pernah berkongsi mahukan wanita yang boleh tinggal bersama ibu mentua kerana memikirkan ibunya yang sudah tua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pengusaha Kosmetik Di Luar Sana, Jom Debat!

Saya mencabar individu yang dikatakan ‘hebat’ dalam bidang berkaitan suplemen kecantikan ini membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk yang dijual. Ayuh!

Hiburan Sun, 28 Jan 2024

Selalu Gosok Pakaian Sampai Berlubang & Terbakar, Ozlyn Tak Boleh Sentuh Seterika…. Nasib Baik Johan ‘Pro’!

Wahh… beruntung Ozlynn dapat suami macam Johan, dahla kelakar pandai gosok baju pulak tu!

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Julia Farhana Berjuang Bantu Pesakit Mental

Bagusnya Julia, ini antara sikap selebriti yang wajar kita contohi. Terbaiklah!

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Song Hye Kyo: “I don’t feel any difference…”

Song Hye Kyo shares how her marriage has affected her latest drama.