Trending By: Maya Basir April 10, 2022 @ 2:08pm

Jangkitan Anjing Gila Punca Kematian Seorang Lelaki di Selangor

Seorang lelaki berusia 40 tahun didapati meninggal dunia di daerah Petaling pada 10 Mac berpunca daripada jangkitan anjing gila (rabies).

Menurut kenyataan Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS), keputusan ujian makmal diperoleh pada Isnin lalu mengesahkan punca kematian itu.

“Mayat mendiang telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, dan keputusan ujian makmal bagi spesimen otak didapati positif virus rabies,” katanya.

Berikutan itu, Dr Sha’ari mengatakan penyiasatan telah dilakukan dan mendapati mendiang ada berjalan-jalan dikawasan rumahnya dua hari sebelum meninggal dunia.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan. Tiada gejala dan tanda penyakit rabies dilaporkan pada kes yang berlaku di Selangor ini,” katanya.

Beliau juga memaklumkan beberapa langkah pencegahan dan kawalan dijalankan secara bersepadu oleh JKNS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Petaling, termasuk penangkapan anjing liar jalanan bermula 7 April lalu.

“Penangkapan haiwan tersebut akan dihantar ke Institusi Penyelidikan Veterinar (VRI),” katanya.

Beliau berkata semua sektor fasiliti kesihatan awam dan swasta telah dimaklumkan untuk mempertingkatkan kesedaran dan pencegahan awal tentang kes yang melibatkan gigitan anjing atau gigitan haiwan liar.

“Hospital Shah Alam dan Hospital Serdang telah dilantik sebagai tempat rujukan kes gigitan anjing di negeri ini.

“Hal ini adalah untuk menentukan jenis risiko dan kategori luka untuk vaksin rabies dan rawatan immunoglobulin rabies, sekiranya perlu,” katanya.

Dr Sha’ari juga turut menasihati orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan segera membersihkan bahagian luka dan mendapatkan rawatan jika digigit oleh anjing atau haiwan liar.

“Segera laporkan kepada DVS Selangor atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah jika berlaku perubahan tingkah laku haiwan peliharaan, termasuk menjadi agresif.

“Selain itu, laporkan kepada pihak PBT jika terdapat anjing atau haiwan liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Kredit foto: Adobe Stock, Getty Images

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Muzik Video Zizan Razak Antara Yang Paling Trending!

Tak hairan lah kenapa muzik video ni trending!

Hiburan Tue, 23 May 2023

Kongsi Foto Berbaju Songket, Anak Perempuan Que Haidar Raih Pujian Netizen

Memang cantik lah anak anak Que Haidar dengan Linda Jasmine

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Che Ta tak terasa pun…

Maklumlah, setiap kali pelakon ini menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, Che Ta akan memuatnaik gambar menerusi laman sosial dengan fesyennya tersendiri.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Sebelum Bersara, Jatt Ali Teringin Nak…

Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah…

Events Thu, 16 Aug 2018

Catch Dancing Swans in Resorts World Genting this August

The beautiful swans will be showing off their beautiful moves.

Hiburan Sun, 5 May 2019
Trending Tue, 5 Oct 2021

Tak Alami Kesan Sampingan, Sasha Saidin Dah Cucuk 4 Dos Vaksin

Anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami, Sirhan Wahab mendedahkan sudah menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara terbabit. Tidak mengalami kesan sampingan, Sasha yang […]

Trending Fri, 4 Oct 2019

Bayi Maut Kepala Terkena Kipas Siling

Bapa Tiri Dakwa Tak Sengaja Lambung Anak