Trending By: Fatin Nurain June 1, 2022 @ 3:34pm

Jasmin Hamid Dimasukkan Ke CCU Akibat Serangan Jantung

Pelakon Jasmin Hamid telah dimasukkan ke Unit Penjagaan Coronary (CCU) akibat serangan jantung semalam.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh suaminya, Nazmir Abd Rahim yang juga merupakan pengurusnya menerusi perkongsian di Instagram Jasmin.

“Assalamualaikum semua.. Moga Allah angkat doa kita semua untuk isteri saya Jasmin Hamid di panjangkan usianya dan sihat kembali,” tulisnya.

Menurut Nazmir, isterinya telah diserang sakit jantung buat pertama kali dan keluarga pelakon itu turut mempunyai sejarah penyakit tersebut.

“Assalamualaikum semua. Saya suami Jasmin nak bagitau latest condition Jasmin. Sekarang beliau berada Wad CCU bukan ICU kerana heart attack semalam untuk pertama kali. Keluarga beliau ada family history jantung,” katanya.

Selain itu, suami Jasmin turut memaklumkan kini isterinya terpaksa diberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung kerana tekanan darah dan degupan jantung rendah.

“Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doctor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung.

“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan di berikan kesembuhan seperti sediakala secepat mungkin. Terima kasih semua,” tulisnya.

Dalam pada itu, kebanyakan rakan artis turut mendoakan keadaan kesihatan Jasmin menerusi ruangan komen perkongsian tersebut.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan. Cepat sihat ya akak. Love you,” tulis Wan Sharmila.

“Ya Rabb… berikan kesembuhan dengan segera buat Jasmin dan kembali sihat walafiat di panjangkan umur dlm rahmat-Mu. Aamiin,” komen Datin Seri Umie Aida.

“Innalillahiwainnailaihirajiun.. Subhanallah. Moga Allah kurniakan syifa’ buat Mama @jasminhamidjh , she is one of the strongest woman I know,” ucap Datin Lisa Surihani.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Wed, 17 May 2023

Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd […]

Trending Thu, 23 Jan 2020

[Viral] Isu Foto Tidak Bertudung Tular, Ali Gatie Backup Sharifah Rose?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya

Featured Wed, 5 Jul 2023
Trending Wed, 13 Apr 2022
Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa – TS Musa Hassan