Events By: Salma Syahbuddin December 4, 2019 @ 11:20am

K-Clique Cipta Rekod Peribadi

Mimpi, Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Noir, Memorabilia dan banyak lagi antara lagu yang kini menjadi kegilaan ramai anak muda zaman sekarang. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya kumpulan ini semakin mencipta nama dalam industri seni tanah air.

K-Clique mencipta rekod peribadi apabila diumumkan sebagai Artis Tempatan Paling Banyak Distrim menerusi aplikasi Spotify sepanjang tahun 2019, menewaskan Faizal Tahir, dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Manakala, tangga keempat dan kelima dipegang oleh Sonaone dan Kumpulan Imsoniacks.

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by K-Clique (@k_clique) on

Sempena kempen Spotify Wrapped 2019, aplikasi itu turut menyenaraikan beberapa kategori peringkat antarabangsa.
 
Kategori Kumpulan Paling Banyak Distrim di Malaysia bagi tahun ini dimiliki oleh Kumpulan BTS. Menerusi lagu popular mereka bersama Halsey yang berjudul Boy With Luv yang turut disenaraikan sebagai lagu K-Pop paling banyak distrim di peringkat global. 
  

via GIPHY

Ariana Grande pula masih mengekalkan kedudukan pertama dalam senarai Artis Wanita Paling Bayak Distrim di Malaysia. 

Selain itu, lagu hit dari Shawn Mendes dan Camilla Cabello berjudul Senorita berjaya meraih satu billion penstriman sepanjang tahun 2019.

Apapun, tahniah Xtra ucapkan buat kumpulan K-Clique kerana berjaya mencipta rekod peribadi walaupun masih baru dalam industri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jul 2023

Dilabel ‘Caprice Wannababe’ Gara-Gara Sering Ulas Isu Panas, Ini Respons Padu Azhar Sulaiman!

Jangan main-main eh, abang Azhar Sulaiman kita ni ‘trend setter’, bukan Caprice Wannababe!

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Katanya Abam Kongkong Isteri Selepas Kahwin !

Betul ke Abam kongkong isterinya selepas berkahwin atau ada sebab disebaliknya? Pasti ada sebab kalau betul

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Jenazah CEO Cradle Fund Dibawa Ke PPUM

Dalam perkembangan berkaitan, isteri kedua Allahyarham Nazrin Hassan iaitu Samirah Muzaffar, mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi menangguhkan penggalian semula kubur beliau.

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Pintar Bermain Piano, Gelagat Uwais Anak Shuib Sepahtu Curi Tumpuan – “Dari Rupa Bawa Ke Suara, Persis Sangat Ibunya!”

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu iaitu Uwais Al Qarni sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdiknya itu. Baru-baru ini, Shuib berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan Uwais […]

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Featured Mon, 28 Mar 2022

Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Fuh, itu sebabnya bergurau jangan lebih-lebih kan dah mendapat..

Trending Hari Ini Fri, 1 May 2020
Featured Tue, 20 Dec 2022