Trending By: Salma Syahbuddin April 21, 2021 @ 3:26pm

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Masuk hari ke-9 Ramadan, nampaknya pengunjung masih dilihat beratur panjang dan memeriahkan sambutan bazar Ramadan tahun ini.

Namun, kerajaan Selangor kini memperketatkan prosedur operasi standardnya (SOP) terutamanya di bazar Ramadan dengan melarang pengunjung membawa kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah berkunjung ke bazar Ramadan.

Menurut Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan, SOP di bazar Ramadan diperketatkan berdasarkan tinjauan dibuat pada minggu pertama Ramadan mendapati pengunjung tidak mematuhi SOP tersebut.

Sistem penomboran diperkenalkan

Malah, pihaknya kini menggunakan sistem penomboran di semua bazar bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengelakkan operasi di tapak tersebut menjadi terlalu padat.

“Kita mewujudkan satu ‘task force’ melibatkan Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan serta menambah penolong pegawai persekitaran daripada Jabatan Sisa Pepejal untuk membantu dari segi pemantauan SOP di bazar Ramadan”

Selain itu, beliau juga memohon agar pengunjung bersabar dan patuh kepada SOP agar kluster baharu daripada bazar Ramadan tidak wujud.

 

Sumber : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Dec 2019

Julian Yee, Farah Ann, and 8 More Athletes Who Won Gold Medals At The 2019 SEA Games

Malaysia has picked up 11 gold, three silver, and 10 bronze medals within two days of the games.

Featured Mon, 11 Apr 2022
Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Ditegur Pakai Rantai & Gelang, Zainal Abidin Tak Peduli Dikecam – “Kalau Panjang Umur Saya Berubah…”

Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang kan, doakan yang baik baik

Trending Mon, 16 Apr 2018

Lembu Cemas Tersepit, Terima Kasih Abang Bomba!

Tujuh anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan tindakan menyelamat haiwan itu dilakukan. Alhamdulillah, akhirnya lembu itu berjaya dikeluarkan dengan selamat!