Acara By: Yanie Baharom August 30, 2018 @ 4:30pm

Mengandungi Antioksida Tinggi, Durian Belanda Adalah Makanan Baik Untuk Pesakit Kanser – Datuk Rosyam Nor

Tiga hari lalu, pelajar cemerlang untuk pemeriksaan SPM pada tahun 2004, Dr Amalina Bakri, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa jus durian belanda tidak boleh mencegah kanser.

Bagaimanapun menerusi carian Google, terdapat banyak kenyataan yang dibuat oleh institusi perubatan, saintis dan pengamal perubatan tradisional yang mengaitkan khasiat dan kebaikan buah durian belanda ini dengan penyakit kronik berkenaan.

Semalam bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara, pelakon, pengacara dan produser terkenal, Datuk Rosyam Nor, telah melancarkan produk minuman dan makanan tambahan yang berasaskan durian belanda di bawah label Adraa keluaran syarikat beliau.

Pemberi testimoni untuk produk Adraa ini juga merupakan seorang pesakit kanser. Namun begitu, Rosyam menegaskan yang produknya bukanlah produk anti-kanser.

“Pengeluar produk tidak boleh mendakwa yang produk berasaskan durian belanda adalah bersifat anti-kanser kerana tiada penyelidikan saintifik telah dilakukan sekali gus mengesahkan hal ini.

“Tetapi durian belanda adalah sejenis makanan yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan baik untuk diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit kanser. 

Foto: Hijab & Heels Archive

“Seseorang yang mengidap kanser perlu mengamalkan pemakanan sihat serta mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Durian belanda adalah contoh makanan yang baik untuk mereka yang mengidap penyakit ini.

“Bukan saja bagus diamalkan penghidap kanser tetapi juga semua jenis penyakit,” katanya. 

Rosyam menambah, tindakan para doktor menafikan dakwaan jus durian belanda mampu merawat kanser baginya tidak salah.

Bagaimanapun dia percaya Tuhan menjadikan sesuatu tumbuhan yang boleh dimakan untuk dinikmati manusia pasti kerana terdapat khasiat tersembunyi yang memerlukan kita untuk membuat penyelidikan tentangnya.

Dibawah jenama Adraa yang diambil bersempena nama cucu beliau iaitu Hanan Adraa Mohd Hafiz, 4, Rosyam menghasilkan produk Adraa Soursop Herbal Tea, Adraa Graviola Juice GOLD dan Adraa Soursop Juice.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 11 Dec 2023
Acara Sun, 31 May 2020

Eratkan silaturahim, sampaikan salam Syawal dengan Pizza Hut

Salam terpanjang turut tampil Fattah Amin dan Shaheizy Sam

Acara Fri, 28 Oct 2022

Aeril Zafrel Dedah Pernah Setahun Menyamar Jadi ‘Sis’ Gara-Gara…

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan pernah menjadi ‘sis’ ketika mula berjinak dalam perniagaan empat tahun lalu. Tidak mengupah pekerja untuk mengendalikan pesanan serta produk perniagaan, Aeril mengendalikan perkara terbabit bersama isteri, pelakon Wawa Zainal. “Hampir setahun […]

Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.

Acara Tue, 10 Sep 2019

ES Closet International Berhad Bakal Memasuki Bursa Saham Dunia. Wow, hebatnya!

Sejarah bakal tercipta dalam industri fesyen tempatan

Acara Thu, 9 Aug 2018

Wow! Fasha Sandha Pernah Memenangi Pertandingan Kerana Giginya Cantik!

Tugasan Ikon Aurawhite itu turut digalas Fasha bersama Izzue Islam serta pendakwah bebas, PU Azman.

Acara Fri, 24 May 2019

400 vendor dan 60 selebriti di Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Peluang beli keperluan Aidilfitri 72 jam tanpa henti