Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi August 4, 2023 @ 11:46am

Kes Bunuh & Bakar Kekasih Sebab Hamil Luar Nikah, Peguam Dakwa Mental Suspek Tak Stabil

Peguam yang mewakili seorang lelaki yang dituduh membunuh wanita hamil di Jalan Sungai Limau di Sungai Besar, memohon supaya anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri.

Menurut laporan Bernama, Muhammad Nor Tamrin yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, mengemukakan permohonan tersebut semasa sebutan kes itu di hadapan Majistret Siti Hajar Ali, pada Khamis.

Beliau berkata hasil temu bual pihaknya bersama tertuduh, keadaan mental anak guamnya dilihat tidak stabil.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri, tidak membantah permohonan tersebut dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

“Saya serah kepada mahkamah, sama ada beri perintah tersebut di peringkat ini (Mahkamah Majistret), atau memikirkan bahawa ia suatu yang sesuai untuk ditentukan di mahkamah perbicaraan (Mahkamah Tinggi),” katanya.

Siti Hajar menetapkan 26 Sept depan untuk keputusan permohonan itu.

Pada 1 Jun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau di sini antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan, perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau di sini, 22 Mei, lepas.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias dilaporkan berkata lelaki itu, yang merupakan bekas penuntut kolej membawa mangsa menaiki kereta dan bertengkar dengan wanita itu, sebelum mangsa dipukul di kepala dan dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Durjana R*gol Anak Sehingga Bersalin Dipenjara 218 Tahun, Hakim Tegur: “Kamu Tak Fikir Ke Masa Depan Dia Sebelum Buat?”

ARTIKEL BERKAITAN: Cium Pipi & Tunjuk Kem*luan Kepada Anak Saudara Sedang Potong Bawang, Buruh Didenda RM5,000

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Rebut Peluang, Hefny Sahad Mahu Asah Bakat Lagi

Bagi pengacara Muzik-muzik 33 ini, Hefny mengakui walaupun jadualnya padat dengan penggambaran drama dan pengacaraan, namun beliau mahu menunjukkan keyakinan pihak penerbit terhadapt bakat yang dimilikinya

Featured Fri, 16 Dec 2022

Individu Suruh Pergi Pejabat Kadi, Zarina Anjoulie Beri Hint Dah Kahwin?

Wah betul ke ni? Moga yang baik-baik untuk Anju

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

“Untuk Berkawan Baik Itu Mungkin Tidak…,” – Pintu Hati Nurul Shuhada Buat Hafidz Roshdi Sudah Tertutup

Saya tak percaya seorang suami sanggup tumbuk isteri kerana perempuan lain – Nurul Shuhada

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Masalah Anxiety…Diana Danielle Tak Bergantung Dengan Ubat?

Alhamdulillah…semoga terus sihat DD!

Featured Wed, 4 Jan 2023
Trending Mon, 16 Mar 2020

[SEMASA] Itali Catat 368 Kematian Tertinggi, COVID-19 Rekod 6,000 Korban Seluruh Dunia

Seluruh dunia semakin diancam, semua pihak semakin gusar

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Lilly Singh Expressed How ‘Fairness Creams’ Shouldn’t Even Exist

Lilly Singh takes on the dark side of skin-lightening creams and how it creates a huge problem in India.

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Pertemuan Siti Nurhaliza Dengan MPK Jadi Bualan Netizen

Penyanyi popular berusia 39 tahun ini masuk ke bangunan tanpa ditemani pengurus dan dilihat memakai persalinan biru muda.