Featured By: Salma Syahbuddin December 19, 2023 @ 5:11pm

Kes Cerai Adira Suhaimi, Datuk Red Mengaku Masih Sayang Isteri & Mahu Pertahan Rumah Tangga

Umum maklum, kes perceraian membabitkan penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Red atau nama penuhnya Datuk Adnan Abu masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, menurut peguam syarie yang mewakili Adnan, Muhammad Akmal Amzan, suami kepada penyanyi itu masih mahu mempertahankan rumah tangganya sekaligus mengaku masih sayangkan isterinya itu.

“Dia (Datuk Adnan) mahu mengekalkan hubungan suami isteri  dan dia sayangkan isterinya.

“Dia mahu pertahankan ruamh tangga dan tidak ada pihak yang mahu bercerai,” katanya.

Memetik laporan mStar, Datuk Red juga difahamkan tidak pernah berniat untuk melengahkan prosiding mahkamah seperti yang tular sebelum ini.

“Mahkmaah hanya maklumkan jangan lengahkan masa.

“Dan mengikut undang-undang penyelesaian JKP dalam tempoh 6 bulan. Tapi pihak sana bantah sebab agak lama dan mahkamah kemudian membenarkan untuk penyelesaian JKP berlangsung dalam masa tiga bulan,” jelasnya.

Terdahulu, hakim telah menegur Datuk Red kerana masih belum melantik mana-mana wakil JKP dan tindakan itu dianggap sengaja melengahkan proses.

Dalam pada itu, Adira menerusi temu bualnya bersama Melodi mengakui penceraian adalah jalan terakhir yang terbaik dalam mengharungi kemelut rumah tangga bersama suami.

Malah, pelantun lagu Pujaan Hati itu juga memberi ‘hint’ bahawa dia dan suami kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Artikel Berkaitan: Akui Tak Tinggal Sebumbung, Adira Suhaimi Tak Halang Datuk Red Jumpa Anak Anak …Tekad Mahu Bercerai

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Ditegur Sengaja Lambatkan Proses JPK

Artikel Berkaitan: Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

Artikel Berkaitan: Terkejut Dengan Isu Penceraian, Netizen Puji Sikap ‘Kunci Mulut’ Adira Suhaimi – “Bagusnya, Tak Tunjuk Apa Jadi Dalam Family”

Artikel Berkaitan: “Orang Luar Boleh Cakap Macam-Macam
” – Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Adira Suhaimi Beri Amaran Jangan Suka Hati Buat Spekulasi! 

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

Yang Pasti, Saya Berdiri Teguh

“Yang Pasti, Saya Berdiri Teguh Dengan Setiap Apa Yang Saya Katakan”

Events Tue, 30 Oct 2018

Hello Kitty and Friends are Coming to Kuala Lumpur in MASSIVE Exhibition!

Time for the children to have fun and adults to re-live childhood memories.

Featured Tue, 11 Jun 2019
Trending Tue, 8 Jan 2019

Malaysia destinasi ketiga di Asia paling popular pada 2018

Kenyataan ini adalah berdasarkan bancian tahunan World Travel Monitor.

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

FINALLY! YUNA SAH BERGELAR ISTERI ADAM YOUSOF SINCLAIR

Tahniah Yuna dan Adam Yousof Sinclair kerana telah sah bergelar suami isteri