Trending By: SGMS Faida March 29, 2018 @ 6:29am

Kes Dera Amah, ‘Datin’ Kejam Ke Penjara Bermula Hari Ini!

Kes dera pembantu rumah melibatkan seorang suri rumah yang digelar ‘Datin’ Rozita Mohamad Ali akhirnya menemui noktah apabila dia dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara.

Rozita hari ini mengaku bersalah mencederakan Suyanti Sutrinso, 19 menggunakan alatan tajam seperti pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Sumber Gambar: Berita Harian

Perbuatan keji itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, di sini antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda

Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas Rozita Mohamad Ali, 44, selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan bermula hari ini dan menolak permohonan penangguhan pelaksanaan.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun ke atas Rozita, dan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad manakala responden diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Pada 21 Mac lalu, Rozita gagal hadir ke mahkamah dan pihak pendakwaan diberi tempoh seminggu untuk mencarinya.

Ditemui sebelum prosiding bermula, wanita itu mengesahkan tidak mempunyai gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan sebelum ini.

Moral of the story, sebelum lakukan apa-apa ke atas orang lain, berfikirlah secara waras ya! Akhirnya anda ke penjara jua ‘Datin’, selamat ‘berjuang’ di sana ya?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jan 2024
Trending Wed, 12 Jun 2019

Hati- Hati Guys, Samseng ‘Abang Botak’ Kini Bebas!

Abang Botak yang pecahkan cermin kereta orang tu dah keluar penjara, hati-hati guys..

Trending Sun, 8 May 2022

Rakaman ‘Dashcam’ Janna Nick Bantu Jejak Suspek

Rakaman ‘dashcam’ Janna membantu dalam menjejaki suspek yang mahu merompak pembaca berita TV3.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Suami Nabila Huda Benci Karakter Ramlah, Minta Buang Sebelum Masuk Rumah – “Dia Tak Selesa Dengan Saya…”

Uish sampai macam tu sekali terbawa-bawa.. Bukan senang jadi pelakon ni kan

Featured Mon, 20 Nov 2023