Trending By: Del14 January 27, 2020 @ 9:52am

Kobe Bryant Dan Anak Maut Dalam Nahas Helikopter

Hari yang sedih bagi peminat sukan bola keranjang di Amerika Syarikat dan di serata dunia apabila lagenda NBA (National Basketball Association) dan bekas pemain Los Angeles Lakers, Kobe Bryant (41) dan anaknya Gianna, maut apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas pada Ahad (26 Januari).

Difahamkan ada 9 orang yang menaiki helikopter Sikorsky S-76 tersebut termasuklah Kobe dan Gianna atau nama penuhnya Gianna Maria Onore Bryant (13) ketika helikopter tersebut terhempas di kawasan berbukit di Calabasas, Los Angeles barat dan dipercayai tiada mangsa yang selamat. 

Kobe dan  Gianna atau Gigi dijadualkan tiba di Mamba Sports Academy di Thousand Oaks untuk satu perlawanan bola keranjang di mana Gianna akan bermain dan Kobe sebagai jurulatih. 

Kobe Bryant menempah namanya dalam sukan bola keranjang apabila dia mula bermain secara professional selepas tamatnya sekolah tinggi dan menjadi pemain paling muda yang terpilih dalam NBA draft iaitu pada umur 18 tahun. 

Amat setia dengan pasukan L.A Lakers, Kobe mengecapi kejayaan bersama apabila mereka menjadi juara NBA sebanyak 5 kali sepanjang dia bermain untuk kelab itu.  Dia juga pernah menjadi juara All Stars sebanyak 17 kali dan mendapat anugerah MVP (Most Valuable Player) sebanyak 2 kali sewaktu kejuaraan NBA. 

Bukan itu saja, Kobe juga pernah meraih dua pingat emas bagi Amerika Syarikat dalam sukan Olimpik. Kehilangannya merupakan satu kehilangan yang besar di dalam dunia sukan dan amat dirasai oleh bekas ahli pasukan LA Lakers seperti Shaq dan Dwayne Wade, malah bekas presiden, Barack Obama juga mengucapkan takziah kepada keluarga Kobe melalui laman sosial, Twitter. 

Terdahulu, pada tahun 2016, Kobe mengumumkan akan bersara dari bermain sukan bola keranjang secara professional pada usia 34 tahun kerana keadaan kesihatan yang tidak memberangsangkan.

Kobe meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu 41 tahun dan dia meninggalkan seorang balu, Vanessa dan tiga lagi anak perempuan mereka. Semoga keluarga Kobe tabah menghadapi dugaan ini…

Sumber: CNN. com

Kredit Foto: Instagram @kobebryant

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Trending Wed, 27 Mar 2024

Pesan Tanpa Was-Was Dengan bekal by foodpanda, JAKIM Sahkan Halal!

Dalam diam, rupa-rupanya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tertanya-tanya tentang servis bekal by foodpanda. Banyak betul persoalan yang diutarakan tentang status bekal by foodpanda antaranya; bekal by foodpanda tu, halal tak? Semua restoran […]

Trending Wed, 23 Dec 2020
Featured Thu, 22 Jun 2023

Mat Dan Tampil Dalam Misi Meneroka Impian Dan Realiti Alam Di TV9

Jangn lupa saksikan Misi Mat Dan mula 3 Julai 🤩

Trending Mon, 6 May 2019

Mimpi Gaung Api Dan Hari Kiamat, Youtuber Ini Kongsi Kisah Penghijrahan Ramadhan

wanita ini mengakui pernah bermimpi kejadian aneh seperti peristiwa hari kiamat dan bermimpi seakan dirinya jatuh ke dalam gaung api

Trending Sat, 3 Feb 2018

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

“Kami Mahu Keadilan,” Sedih Atas Pemergian Anak Gadisnya, Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela